Sunday, October 15, 2023

MJII... Perasmian Program eat for free@MJII

 








Nama aktiviti:  eat for free@MJII

Tarikh:  13 Oktober 2023 (Jumaat)

Tempat:  Kafeteria MJII

Anjuran:  Unit Hal Ehwal pelajar (HEP) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)


Sorotan Pelancaran Program “eat for free @MJII” 


Beranang, 13 Oktober 2023 – Program “eat for free@MJII” merupakan inisiatif Pengurusan MJII dalam menjaga kebajikan pelajar-pelajar.  Ia juga merupakan salah satu tanggungjawab sosial warga kerja MJII dalam membantu pelajar-pelajar yang memerlukan terutamanya yang menghadapi masalah kewangan untuk kelangsungan hidup sepanjang pengajian di MJII. 


Penyertaan program ini adalah terbuka semua warga MJII.  Para penyumbang boleh meletakkan makanan yang hendak disumbangkan di atas meja khas yang disediakan di suatu sudut kafeteria pada setiap hari Rabu.  Pelajar yang memerlukan boleh mengambil makanan sekadar mengikut keperluan.  Di samping itu pelajar atau staf juga boleh bertukar-tukar makanan melalui kaedah ‘sistem barter’ untuk berkongsi rezeki dengan yang lain. 


Program yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) turut mengalu-alukan penyertaan daripada pelajar-pelajar serta orang awam dalam menjayakan projek ini.  


Majlis pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Ts. Dr. Mahazani bin Alli, Pengarah MJII.  Turut hadir dalam majlis ini adalah Puan Nordiana binti Awang, Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar MJII serta staf pentadbiran, sensei dan pelajar.  Dalam majlis yang sama Pengarah MJII turut mengumumkan untuk menyediakan kemudahan ‘centre kitchen’ bertempat di Pusat Kegiatan Pelajar@wa senta sebagai satu lagi inisiatif Pengurusan dalam menjaga kebajikan pelajar-pelajar.  


Dengan tagline ‘Ambil Jika Perlu, Beri Jika Mampu’ diharapkan dapat membantu meringankan beban para pelajar, dalam masa yang sama dapat mendidik pelajar dan staf dalam membudayakan amalan sedekah.


Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua staf, sensei dan pelajar di atas komitmen yang diberikan.


#maraprihatin

#mjiidihati

#buildingtalentgeneratingfuture

by TPHEP Puan Diana

No comments:

Post a Comment