Wednesday, October 18, 2023

Minggu Aktiviti Pelajar Sesi Julai-Dis 2023

 













1. Nama Program: Minggu Aktiviti Pelajar Sesi Julai-Dis 2023

2. Tarikh :  25-27 September 2023

3. Tempat: Mara-Japan Industrial Institute (MJII)

4. Sinopsis/keterangan:  Sepanjang minggu ke 13 PDP, pada 25-27 September 2023, Minggu Aktiviti Pelajar  bagi sesi Jul-Dis 2023 dengan kerjasama MPP, Kelab Jepun, Rakan Musolah dan kelab-kelab lain di Mjii telah dijalankan dengan penglibatan semua pelajar. Pelbagai aktiviti dan program direncanakan mendapat sambutan yang memberansangkan dari pelajar  antaranya Pertandingan Bahas Bahasa Melayu, Syarahan, Tryout Emcee, Chinese Whisper, Explorace, Pertandingan Azan, Hafazan Al-Quran,  Talent Showdown, Hustle for Muscle, Mask Painting, Drawing Contest, Pelbagai Japanese Game, Gerai-gerai jualan pelajar dan banyak lagi. Program-program yang dijalankan bukan sahaja memberi impak positif kepada pelajar bahkan mencungkil bakat dan potensi pelajar. Penutup Minggu Aktiviti Pelajar diakhiri dengan Majlis Penyampaian Hadiah dan Juara Keseluruhan Minggu Aktiviti Pelajar Sesi Jul-Dis 2023 adalah milik Jabatan DKS.

by khairul nisa sensei

No comments:

Post a Comment