Saturday, October 21, 2023

PROGRAM INSPIRASI ILMU: LAWATAN KE KILANG PEMASANGAN VOLKSWAGEN MALAYSIA DAN CSR STEM DI SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH PEKAN

 
















1. Nama Program: PROGRAM INSPIRASI ILMU: LAWATAN KE KILANG PEMASANGAN VOLKSWAGEN MALAYSIA DAN CSR STEM DI SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH PEKAN

2. Tarikh : 19-20 Oktober 2023 (Khamis dan Jumaat)

3. Tempat:  MJII

4. Sinopsis/keterangan: Jabatan Embedded System telah mengadakan satu program kembara ilmu melalui Lawatan ke Kilang Pemasangan Volkswagen yang bertempat di HICOM Peramu, Pekan dan Program CSR STEM di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan. 


Program CSR STEM ini terbahagi kepada tiga slot. Slot pertama adalah taklimat Promosi MJII yang disampaikan oleh En Muhammad Nazmi, dan ceramah "Embedded System and IoT: Revolutionising Digital Age" yang disampaikan oleh Pn Norhamimi melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 4. 

Slot kedua adalah Bengkel Rekabentuk Elektronik yang dikendalikan oleh Pn Fatma Syazana dan Saudara Muhammad Abdul Wahid, beserta fasilitator-fasilitator yang terdiri daripada pelajar Semester 5 DKE. Program ini melibatkan pelajar Tingkatan 2 yang mengambil kursus RBT. 

Slot ketiga adalah "CSR Green" dibawah kendalian En Afifuddin dan pelajar-pelajar DKE semester 5 bersama pelajar-pelajar SHAH Pekan. 

Bersama ini juga, Jabatan Embedded System, dengan kerjasama Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (Alumni SHAH Pekan) telah menyumbangkan "Basic Microcontroller Trainer Board" bagi kegunaan Pelajar-pelajar SHAH Pekan yang telah disampaikan oleh Ketua Jabatan DKE kepada Puan Pengetua. Board ini telah direka bentuk oleh Pelajar Semester 5 DKE (Keihan) yang diketuai oleh Saudara Muhammad Abdul Wahid. 

Semoga program ini akan dapat membantu pelajar meningkatkan minat mereka dalam bidang STEM umumnya, dan bidang elektronik khasnya. 

Tahniah kepada semua pelajar Keihan serta Pensyarah-pensyarah DKE atas komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini.

bu Fatma sensei

No comments:

Post a Comment