Sunday, October 22, 2023

 


















1. Nama Aktiviti : Program  Ceramah Sambutan Bulan Kaunseling MJII "Kesihatan Mental: Cakna Diri dan Orang Lain"

2. Tarikh         : 20 Oktober 2023

3. Masa         : 10.30 pagi – 12.30 tengahari

4. Penganjur : Unit Bimbingan dan Kaunseling, AKRAB dan dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar MJII Beranang.

5. Tempat : Dewan Hyogo, MJII Beranang.

6. Synopsis/keterangan ringkas:  


Program Ceramah "Kesihatan Mental: Cakna Diri dan Orang Lain" telah dilaksanakan di Dewan Hyogo sempena sambutan Program Bulan Kaunseling Kebangsaan di MJII. 


Ceramah ini telah disampaikan oleh  Dr. Nur Hafidah bt Ishak, pensyarah perubatan & pakar psikiatri dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia.


Majlis dimulai dengan bacaan Yasin terlebih dahulu.Bacaan Yassin juga telah disedekahkan di atas pemergian arwah allahyarham Haji Mohd Azman bin Haji Mohd Rafaie, mantan TPHEA MJII.


Antara perkongsian menarik dari ceramah beliau menyentuh mengenai tips dan bagaimana menjaga kesihatan mental kerana ia menjadi teras pemacu kepada kesejahteraan individu. 


Kesihatan mental yang baik membolehkan individu berupaya untuk menyesuaikan diri dan hidup dalam pelbagai persekitaran dan tekanan hidup.


Adalah penting mengukuhkan sokongan sosial dan mengamalkan gaya hidup sihat dalam menangani masalah kesihatan mental kerana ia akan membantu meningkatkan kesejahteraan dan keharmonian dalam diri individu dan juga masyarakat.


Semoga dengan perkongsian dari ceramah ini dapat membantu memupuk dan meningkatkan lagi pemahaman individu dan warga MJII agar menjaga dan seterusnya meningkatkan kesihatan diri terutamanya aspek kesihatan mental khususnya.

by Kaunselor hidayati

No comments:

Post a Comment