Thursday, October 19, 2023

LAWATAN PENILAIAN AKREDITASI (PELANJUTAN) ETAC SECARA FIZIKAL BAGI PROGRAM KEJURUTERAAN ELEKTRONIK 2023

 









1. Nama Program: LAWATAN PENILAIAN AKREDITASI (PERLANJUTAN) ETAC SECARA FIZIKAL BAGI PROGRAM KEJURUTERAAN ELEKTRONIK

2. Tarikh : 17 Oktober 2023 (Selasa)

3. Masa :  8.00 pagi - 5.00 petang

4. Tempat:  MJII

5. Sinopsis/keterangan: Lawatan Akreditasi (Perlanjutan) ETAC bertujuan untuk mendapat akreditasi lanjutan bagi lima (5) program diploma kejuruteraan elektronik di MJII. Seramai 5 panel ETAC dan 1 ketua delegasi (HOD) telah hadir bagi melaksanakan penilaian akreditasi pelanjutan yang merangkumi semakan dokumentasi (Concern & OFI), lawatan tapak dan temubual staff akademik.  

Panel ETAC yang hadir adalah

DKS - Ir. AP. Dr. Tee Kian Sek

DKC - Dr. Sharatul Izah binti Samsudin

DKM -Ir. Dr. Samsul bin Setumin

DKR - Prof. Dr. Wan Zuha bin Wan Hasan

DKE - Ir. AP. Dr. Muhammad Mokhzaini bin Azizan

HOD - Dr. Ir. Prof. Dr. Mohamed Thariq bin Hameed Sultan

by Nurhana Sensei

Wednesday, October 18, 2023

Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat MJII 2023

 




1. Nama Program: Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat MJII 2023 

2.Tarikh : 18 Oktober 2021 (Rabu)

3. Masa :  8:30pagi - 9:00 pagi

4. Lokasi : Dewan Hyogo MJII

5. Anjuran: JK Sukan & MPP MJII Beranang

6. Sinopsis/keterangan: .Hari Sukan Negara telah diperkenalkan pada tahun 2015 dan disambut pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun sebagai satu hari ikonik tahunan rakyat Malaysia yang dilaksanakan secara serentak di seluruh negara dalam usaha merealisasikan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan atau sporting nation.

Pada tahun ini,  sambutan Hari Sukan Negara (HSN2023) peringkat MJII telah dilancarkan oleh Pengarah MJII Ts Dr Mahazani bin Ali dan seterusnya diisi dengan pengisian senaman taiso dan senamrobik. Acara ini telah disertai oleh staf dan pelajar MJII.


#FitMalaysia 

#HSN2023

by radzi sensei

Minggu Aktiviti Pelajar Sesi Julai-Dis 2023

 













1. Nama Program: Minggu Aktiviti Pelajar Sesi Julai-Dis 2023

2. Tarikh :  25-27 September 2023

3. Tempat: Mara-Japan Industrial Institute (MJII)

4. Sinopsis/keterangan:  Sepanjang minggu ke 13 PDP, pada 25-27 September 2023, Minggu Aktiviti Pelajar  bagi sesi Jul-Dis 2023 dengan kerjasama MPP, Kelab Jepun, Rakan Musolah dan kelab-kelab lain di Mjii telah dijalankan dengan penglibatan semua pelajar. Pelbagai aktiviti dan program direncanakan mendapat sambutan yang memberansangkan dari pelajar  antaranya Pertandingan Bahas Bahasa Melayu, Syarahan, Tryout Emcee, Chinese Whisper, Explorace, Pertandingan Azan, Hafazan Al-Quran,  Talent Showdown, Hustle for Muscle, Mask Painting, Drawing Contest, Pelbagai Japanese Game, Gerai-gerai jualan pelajar dan banyak lagi. Program-program yang dijalankan bukan sahaja memberi impak positif kepada pelajar bahkan mencungkil bakat dan potensi pelajar. Penutup Minggu Aktiviti Pelajar diakhiri dengan Majlis Penyampaian Hadiah dan Juara Keseluruhan Minggu Aktiviti Pelajar Sesi Jul-Dis 2023 adalah milik Jabatan DKS.

by khairul nisa sensei

Minggu Aktiviti Pelajar Sesi Julai-Dis 2023

 













1. Nama Program: Minggu Aktiviti Pelajar Sesi Julai-Dis 2023

2. Tarikh :  25-27 September 2023

3. Tempat: Mara-Japan Industrial Institute (MJII)

4. Sinopsis/keterangan:  Sepanjang minggu ke 13 PDP, pada 25-27 September 2023, Minggu Aktiviti Pelajar  bagi sesi Jul-Dis 2023 dengan kerjasama MPP, Kelab Jepun, Rakan Musolah dan kelab-kelab lain di Mjii telah dijalankan dengan penglibatan semua pelajar. Pelbagai aktiviti dan program direncanakan mendapat sambutan yang memberansangkan dari pelajar  antaranya Pertandingan Bahas Bahasa Melayu, Syarahan, Tryout Emcee, Chinese Whisper, Explorace, Pertandingan Azan, Hafazan Al-Quran,  Talent Showdown, Hustle for Muscle, Mask Painting, Drawing Contest, Pelbagai Japanese Game, Gerai-gerai jualan pelajar dan banyak lagi. Program-program yang dijalankan bukan sahaja memberi impak positif kepada pelajar bahkan mencungkil bakat dan potensi pelajar. Penutup Minggu Aktiviti Pelajar diakhiri dengan Majlis Penyampaian Hadiah dan Juara Keseluruhan Minggu Aktiviti Pelajar Sesi Jul-Dis 2023 adalah milik Jabatan DKS.

bu Khairulnisa sensei

Tuesday, October 17, 2023

Program Oosuji MJII 2023 Sempena Audit ETAC

 













1. Nama program: Program Oosuji MJII 2023 Sempena Audit ETAC 

2. Tarikh : 13 October 2023

4. Masa : 10.00 pagi - 12.15 tghari

5. Tempat : MJII

6. Penganjur : Jawatankuasa 5S MJII


Keterangan Program : 

Oosouji Perdana kali ini diadakan untuk memupuk amalan 5S dikalangan pelajar dan staf serta sebagai persediaan menghadapi Audit Engineering Technology Accrediation Council (ETAC) di MJII yang akan diadakan pada 13 Oktober 2023.


Justeru, semua zon yang terlibat iaitu Zon Jabatan, Zon Asrama, Zon Riadah, Zon Pentadbiran dan Zon Bilik Pensyarah bersama-sama menjalankan aktiviti Oosouji Perdana bersama pelajar MJII sebagai salah satu aktiviti wajib dalam membudayakan amalan persekitaran berkualiti 5S.

by Norhuda sensei

Sunday, October 15, 2023

MJII... Perasmian Program eat for free@MJII

 








Nama aktiviti:  eat for free@MJII

Tarikh:  13 Oktober 2023 (Jumaat)

Tempat:  Kafeteria MJII

Anjuran:  Unit Hal Ehwal pelajar (HEP) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)


Sorotan Pelancaran Program “eat for free @MJII” 


Beranang, 13 Oktober 2023 – Program “eat for free@MJII” merupakan inisiatif Pengurusan MJII dalam menjaga kebajikan pelajar-pelajar.  Ia juga merupakan salah satu tanggungjawab sosial warga kerja MJII dalam membantu pelajar-pelajar yang memerlukan terutamanya yang menghadapi masalah kewangan untuk kelangsungan hidup sepanjang pengajian di MJII. 


Penyertaan program ini adalah terbuka semua warga MJII.  Para penyumbang boleh meletakkan makanan yang hendak disumbangkan di atas meja khas yang disediakan di suatu sudut kafeteria pada setiap hari Rabu.  Pelajar yang memerlukan boleh mengambil makanan sekadar mengikut keperluan.  Di samping itu pelajar atau staf juga boleh bertukar-tukar makanan melalui kaedah ‘sistem barter’ untuk berkongsi rezeki dengan yang lain. 


Program yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) turut mengalu-alukan penyertaan daripada pelajar-pelajar serta orang awam dalam menjayakan projek ini.  


Majlis pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Ts. Dr. Mahazani bin Alli, Pengarah MJII.  Turut hadir dalam majlis ini adalah Puan Nordiana binti Awang, Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar MJII serta staf pentadbiran, sensei dan pelajar.  Dalam majlis yang sama Pengarah MJII turut mengumumkan untuk menyediakan kemudahan ‘centre kitchen’ bertempat di Pusat Kegiatan Pelajar@wa senta sebagai satu lagi inisiatif Pengurusan dalam menjaga kebajikan pelajar-pelajar.  


Dengan tagline ‘Ambil Jika Perlu, Beri Jika Mampu’ diharapkan dapat membantu meringankan beban para pelajar, dalam masa yang sama dapat mendidik pelajar dan staf dalam membudayakan amalan sedekah.


Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua staf, sensei dan pelajar di atas komitmen yang diberikan.


#maraprihatin

#mjiidihati

#buildingtalentgeneratingfuture

by TPHEP Puan Diana