Tuesday, August 6, 2024

Program Career Preparation Workshop (Resume Writing)

 






1. Nama aktiviti: Program Career Preparation Workshop (Resume Writing) 

2. Tarikh: 17 Julai 2024 (Rabu)

3. Anjuran : Unit English Pengajian AM MJII 

4. Tempat: Tokyo Hall MJII

5. Penglibatan: 131 pelajar semester 5 MJII

6. Sinopsis: Bengkel ini diadakan untuk membimbing pelajar dalam menyediakan resume yang lengkap sebagai persediaan melangkah ke alam pekerjaan. Bengkel ini juga memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan cara penulisan resume yang efektif Dan sesuai dengan kehendak industri semasa.

       En. Ameirul Azraie bin   

       Mustadza bertindak  

       sebagai penceramah 

       bagi bengkel ini. Semua 

       pelajar telah memberikan   

       komitmen yang sangat     

       baik sepanjang 

       perjalanan bengkel ini.

bu Teacher Azlah 

Monday, August 5, 2024

Hari Pendaftaran dan Minggu Silaturahim Sesi Julai 2024

 















1. Nama aktiviti: Hari Pendaftaran dan Minggu Silaturahim Sesi Julai 2024

2. Tarikh:  22 & 23 Julai 2024

3. Tempat: Hyogo Hall, Tokyo Hall & Surau Riyaddussolihin

4. Sinopsis/keterangan ringkas:  


Minggu Silaturahim (MSR) adalah merupakan program pengambilan pelajar baharu, di mana ia memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang sistem pengajian di MJII. Terdapat 145 orang pelajar baharu yang terdiri daripada lima jabatan yang mendaftar pada sesi kali ini. MSR sesi ini dijalankan 2 hari sahaja. Oleh itu  aktiviti yang dijalankan semasa MSR adalah taklimat-taklimat penting bagi mendedahkan pelajar baharu di MJII.  Antara taklimat tersebut ialah  Taklimat Bersama Pengarah, Taklimat Bersama Ketua-Ketua Jabatan, Taklimat Akademik, Taklimat Hal Ehwal Pelajar, Taklimat Jabatan Pengajian Am, Taklimat Disiplin, Taklimat Felo, Taklimat Unit Peperiksaan, Taklimat Kaunselor, Taklimat Pembudayaan Jepun, Taklimat Perpustakaan, dan Taklimat Koperasi . Kerjasama antara AJK MSR dan Urusetia Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) selaku fasilitator telah menjayakan program ini dengan baik. Semoga para pelajar baharu dapat menyesuaikan diri dalam menimba ilmu di MJII.

by sensei Hamirah

PERBINCANGAN PEMETAAN KREDIT ANTARA MJII BERANANG DAN MALAYSIA-JAPAN INTERNATIONAL INSTITUTE OF TECHNOLOGY (MJIIT)

 



1. Nama aktiviti: PERBINCANGAN PEMETAAN KREDIT ANTARA MJII BERANANG DAN MALAYSIA-JAPAN INTERNATIONAL INSTITUTE OF TECHNOLOGY (MJIIT)

2. Tarikh: 25 Julai 2024, 10.00 pagi. 

3. Tempat: Bilik Mesyuarat Nara, MJII

4. Penglibatan: Jawatankuasa Pemetaan Silibus

5. Sinopsis: Program ini merupakan inisiatif bagi perbincangan pemetaan kredit di peringkat Diploma MARA-Japan Industrial Institute (MJII) ke program Bachelor of Electronic System Engineering (ESE) di Malaysia-Japan International Institute of Technology, (MJIIT).Perbincangan ini bertujuan untuk memberi pelepasan kredit kepada lepasan pelajar MJII yang akan menyambung pengajian di MJIIT.Wakil dari pihak MJIIT adalah terdiri daripada:

1. Ketua Jabatan, Ir. Dr. Mohd Hatta Mohammed Ariff

2. ⁠ Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Azizi Abdul Rahman

3. ⁠Ir. Ts. Dr. Mohd Azlan Abu

by sensei Wan Saidatulakmar

Bengkel Pembangunan Kurikulum untuk Program Diploma Bagi Pendigitalan PDP TVET di MARA-Japan Industrial Institute Beranang

 








1. Nama aktiviti: Bengkel Pembangunan Kurikulum untuk Program Diploma Bagi Pendigitalan PDP TVET di MARA-Japan Industrial Institute Beranang 

2. Tarikh: 15-17 Julai 2024 (Isnin-Rabu)

3. Anjuran : JK Jaminan Kualiti Akademik MJII 

4. Tempat: Institut Semarak Felda (ISEF), Bangi

5. Penglibatan: 50 orang staf akademik MJII Beranang 

6. Sinopsis: Sebuah bengkel pembangunan kurikulum untuk program diploma bagi pendigitalan PDP TVET telah diadakan di Felda ISEF pada 15-17 Julai 2024. Bengkel ini diadakan selaras dengan matlamat menambahbaik dokumen kurikulum MJII yang berteraskan pengajaran dan pembelajaran berasaskan PAK-21 dan mengikut standard garis panduan ETAC. Prof. Ir. Dr. Mohd Khairil bin Rahmat dari UniKL telah dilantik sebagai penceramah bengkel ini. Wakil pihak Bahagian Kemahiran Teknikal (BKT), Pn. YM Raja Nor Marini binti Raja Salleh Alzaman dan En. Mohd Fahri bin Abd Ghafar juga telah dijemput sebagai moderator bengkel dan membantu melancarkan perjalanan bengkel. Semua peserta telah memberikan komitmen yang sangat baik sepanjang perjalanan bengkel ini.

by Azwani teacher

KURSUS PEMBANGUNAN KANDUNGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PAK-21 UNTUK PENDIGITALAN PDP TVET MARA DI MARA - JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE

 



1. Nama aktiviti: KURSUS PEMBANGUNAN KANDUNGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PAK-21 UNTUK PENDIGITALAN PDP TVET MARA DI MARA - JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE

2. Tarikh:  30 Julai - 1 Ogos 2024

3. Tempat: UTM Residensi KL

4. Sinopsis/keterangan ringkas:  


Kursus ini memberikan pendedahan penggunaan digital tools dalam membangunkan kandungan pembelajaran,   aktiviti pelajar dan aktiviti penilaian pelajar kepada pensyarah. Aplikasi yang banyak digunapakai antaranya Chatgpt, Padlet, Mentimeter, Quizziz dan sebagainya. Selain itu, pensyarah juga berjaya membangunkan sharepoint bagi subjek masing masing sebagai platform elearning subjek yang diajar untuk rujukan dan kegunaan pelajar dan pensyarah.

by sensei Hafizan

Sunday, August 4, 2024

CSR : Program Motivasi di Sekolah KAFA Integrasi Al Falah Bandar Tasik Kesuma

 







1. Nama aktiviti: Program Motivasi di Sekolah KAFA Integrasi Al Falah Bandar Tasik Kesuma

2. Tarikh: 3 Ogos 2024

3. Anjuran :Jabatan Pengajian Am

4. Tempat: Tokyo Hall

5. Penglibatan: Seramai 113 orang pelajar darjah 5 & 6 Sekolah KAFA Integrasi Al Falah dan MPP

6. Sinopsis:


Penceramah: Pn.Juliana bt Baharudin

Tajuk Ceramah : "Pelajar Cemerlang Adab Di Julang"

Program ini memberi tumpuan kepada persediaan pelajar darjah 5 & 6 Sekolah KAFA Integrasi Al Falah menghadapi peperiksaan UPKK dan PSRA yang bakal tiba. Menaikkan semangat motivasi pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh dalam masa yang sama menjaga adab dan akhlak kepada ibu bapa dan guru-guru dalam menimba ilmu. 


Pelbagai kaedah pembelajaran dikongsikan agar para pelajar dapat lebih fokus dalam pembelajaran. Semoga selepas menghadiri program ini para pelajar lebih bersemangat dan fokus untuk terus belajar demi mendapatkan keputusan yang cemerlang.

by Juliana sensei

Friday, July 12, 2024

Khidmat Masyarakat Vietnam YSS 2024

 




1. Nama aktiviti:  Khidmat Masyarakat Vietnam

2. Tarikh: 8 & 9 Julai 2024

3. Anjuran : Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS)

4. Tempat: Vietnam

5. Penglibatan:  Faris bin Fauzi, Kelas Hitachi DKS semester 5A

6. Sinopsis:


YSS adalah badan yang mengumpulkan sukarelawan di kalangan Siswa dan Siswi IPT-IPT di Malaysia. Mereka menganjurkan banyak aktiviti-aktiviti CSR / Khidmat Masyarakat samada di dalam negeri mahupun di Luar negeri.


Bagi tahun ini, seorang pelajar MJII iaitu Saudara Faris bin Fauzi telah terpilih untuk menyertai Aktiviti CSR Luar Negeri iaitu di Vietnam. Beliau akan menjalani program khidmat masyarakat tersebut dari 4 julai hingga 9 Ogos 2024.


Faris adalah antara salah seorang calon yang terpilih daripada 1,045 orang mahasiswa seluruh Malaysia dalam sesi Pemilihan Sukarelawan Siswa YSS  2024.


Diharapkan beliau dapat melaksanakan tugasan khidmat masyarakat tersebut dengan baik dan mengharumkan nama MJII dan Malaysia di bumi Vietnam. Diharapkan juga segala pengalaman beliau nanti dapat memberi impak positif kepada diri beliau dan MJII.

by Jaa sensei

Wednesday, July 10, 2024

Pertandingan Y-Roboc 24 (Youth Robot Challenge 2024)






1. Nama aktiviti:  Pertandingan Y-Roboc 24 (Youth Robot Challenge 2024)
2. Tarikh: 5 - 7 Julai 2024
3. Anjuran : Kementerian Belian dan Sukan (KBS)
4. Tempat: IKTBN Bukit Mertajam, Pulau Pinang
5. Penglibatan:  Pelajar MJII
6. Sinopsis:

Pertandingan Robot tempur Y-Roboc telah berlangsung di IKTBN Bukit Mertajam, terdapat 6 ketegori pertangingan iaitu 5kg Tower Conquer, 8kg Boxing, 8kg Rumble, 16kg Multibot, Drone dart Challenge dan Agro Robot.

Pasukan MJII teah memasuki 3 kategori iaitu 5kg Tower Conquer, 8kg Boxing dan 8kg Rumble. Walaupun pasukan MJII tidak dapat memenangi sebarang kategori, diharapkan pengalaman yang diperolehi sepanjang pertandingan tersebut menjadikan mereka lebih bersedia untuk pertandingan-pertandingan selepas ini dan seterusnya membawa kemenangan kepada Pasukan Robofighto MJII di masa akan datang. 

Team MJII juga berkesempatan mempromosi Pertandingan Robofighto 2024 kepada rakan-rakan robot tempur dari institusi lain.
by Jaa sensei


 

Pertandingan Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) 2024

 







1. Nama aktiviti:  Pertandingan Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) 2024
2. Tarikh: 8 & 9 Julai 2024
3. Anjuran : Kerajaan Negeri Selangor
4. Tempat: Dewan Komuniti Semenyih, Selangor
5. Penglibatan:  Pelajar MJII
6. Sinopsis:

Pertandingan AINS adalah acara tahunan yg dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ianya dijalankan di setiap daerah dalam negeri Selangor untuk mencari hasil projek yang berkualiti bagi dinobatkan sebagai pemenang AINS dan mendapat Hadiah Wang Tunai RM5,000.

Untuk tahun 2024 ini, MJII telah menghantar sebanyak 5 projek pelajar.

Pada 9 Julai 2024, telah berlaku sesi penilaian hasil projek Daerah Hulu Langat oleh panel-panel yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Semoga pelajar-pelajar MJII mendapat Pengalaman yang bermafaat dari menyertai Pertandingan AINS ini.
by Jaa sensei


Friday, July 5, 2024

Perkongsian Tentang Amalan Pembudayaan Jepun di MJII kouza week 1

 





1. Nama aktiviti:  Perkongsian Tentang Amalan Pembudayaan Jepun di MJII

2. Tarikh: 5 Julai 2024 (Jumaat)

3. Anjuran : JK Pembudayaan Jepun

4. Tempat: Surau Riyadus Solihin MJII

5. Penglibatan:  Semua pelajar MJII

6. Sinopsis: 

Pn. Norila Wati telah membuat sesi perkongsian kepada pelajar-pelajar MJII tentang amalan pembudayaan Jepun di MJII. Tiga perkara utama yang dikongsikan adalah berkaitan dangan “Respond”, konsep “Omoiyari (sikap empati, perhatian, dan kepekaan terhadap perasaan dan keperluan orang lain)” dan penggunaan panggilan “Sensei”. Diharapkan dengan perkongsian ini, para pelajar dapat memperkukuhkan pemahaman mereka tentang amalan pembudayaan Jepun di MJII.

by Fazliani sensei