Friday, July 12, 2024

Khidmat Masyarakat Vietnam YSS 2024

 




1. Nama aktiviti:  Khidmat Masyarakat Vietnam

2. Tarikh: 8 & 9 Julai 2024

3. Anjuran : Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS)

4. Tempat: Vietnam

5. Penglibatan:  Faris bin Fauzi, Kelas Hitachi DKS semester 5A

6. Sinopsis:


YSS adalah badan yang mengumpulkan sukarelawan di kalangan Siswa dan Siswi IPT-IPT di Malaysia. Mereka menganjurkan banyak aktiviti-aktiviti CSR / Khidmat Masyarakat samada di dalam negeri mahupun di Luar negeri.


Bagi tahun ini, seorang pelajar MJII iaitu Saudara Faris bin Fauzi telah terpilih untuk menyertai Aktiviti CSR Luar Negeri iaitu di Vietnam. Beliau akan menjalani program khidmat masyarakat tersebut dari 4 julai hingga 9 Ogos 2024.


Faris adalah antara salah seorang calon yang terpilih daripada 1,045 orang mahasiswa seluruh Malaysia dalam sesi Pemilihan Sukarelawan Siswa YSS  2024.


Diharapkan beliau dapat melaksanakan tugasan khidmat masyarakat tersebut dengan baik dan mengharumkan nama MJII dan Malaysia di bumi Vietnam. Diharapkan juga segala pengalaman beliau nanti dapat memberi impak positif kepada diri beliau dan MJII.

by Jaa sensei

No comments:

Post a Comment