Monday, August 5, 2024

Bengkel Pembangunan Kurikulum untuk Program Diploma Bagi Pendigitalan PDP TVET di MARA-Japan Industrial Institute Beranang

 








1. Nama aktiviti: Bengkel Pembangunan Kurikulum untuk Program Diploma Bagi Pendigitalan PDP TVET di MARA-Japan Industrial Institute Beranang 

2. Tarikh: 15-17 Julai 2024 (Isnin-Rabu)

3. Anjuran : JK Jaminan Kualiti Akademik MJII 

4. Tempat: Institut Semarak Felda (ISEF), Bangi

5. Penglibatan: 50 orang staf akademik MJII Beranang 

6. Sinopsis: Sebuah bengkel pembangunan kurikulum untuk program diploma bagi pendigitalan PDP TVET telah diadakan di Felda ISEF pada 15-17 Julai 2024. Bengkel ini diadakan selaras dengan matlamat menambahbaik dokumen kurikulum MJII yang berteraskan pengajaran dan pembelajaran berasaskan PAK-21 dan mengikut standard garis panduan ETAC. Prof. Ir. Dr. Mohd Khairil bin Rahmat dari UniKL telah dilantik sebagai penceramah bengkel ini. Wakil pihak Bahagian Kemahiran Teknikal (BKT), Pn. YM Raja Nor Marini binti Raja Salleh Alzaman dan En. Mohd Fahri bin Abd Ghafar juga telah dijemput sebagai moderator bengkel dan membantu melancarkan perjalanan bengkel. Semua peserta telah memberikan komitmen yang sangat baik sepanjang perjalanan bengkel ini.

by Azwani teacher

No comments:

Post a Comment