Thursday, July 9, 2026

Kursus Pembangunan Dashboard Power BI

 







Kursus Pembangunan Dashboard Power BI

Tarikh: 7 & 8 Julai 2026 (Selasa & Rabu)

Masa : 9:00 pagi- 5:00 petang

Anjuran : Jabatan Transmisi Data & Rangkaian dan BPIN

Tempat:Bilik Hiroshima

Penglibatan: Pensyarah DKR TVETMARA MJII dan Pegawai BPIN 


Sesi Kursus Pembangunan Dashboard Power BI telah diadakan pada 7 dan 8 Julai 2026 bertempat di Bilik Hiroshima, TVETMARA MARA-Japan Industrial Institute (MJII). Kursus ini melibatkan seramai 7 orang staf daripada Jabatan DKR TVETMARA MJII dan Bahagian Pengurusan Risiko dan Inspektorat (BPIN) MARA.


Kursus ini telah disampaikan oleh Ts. Mohd Khairul Adzhar bin Umar Ketua Jabatan Transmisi Data & Rangkaian dengan fokus utama kepada pengenalan asas Microsoft Power BI serta pembangunan dashboard interaktif bagi menyokong analisis data dan pembuatan keputusan yang lebih berkesan. Kandungan kursus merangkumi pengenalan kepada Microsoft Power Platform, komponen utama Power BI seperti Power BI Desktop, Power BI Service dan Power BI Mobile, serta aliran kerja lengkap Power BI bermula daripada proses menyambung data, transformasi dan pemodelan data, pembangunan visualisasi, penerbitan laporan, sehingga pengurusan dan perkongsian dashboard.


Sepanjang sesi kursus, peserta didedahkan kepada kemahiran asas menggunakan Power BI Desktop termasuk kaedah mendapatkan data daripada pelbagai sumber seperti fail Excel, pangkalan data, perkhidmatan dalam talian dan sumber data lain. Peserta turut diperkenalkan kepada fungsi Power Query untuk proses pembersihan dan penyediaan data, serta asas penggunaan DAX bagi membina pengiraan seperti calculated tables, calculated columns dan measures.


Selain aspek teknikal, kursus ini turut menekankan prinsip reka bentuk laporan dan dashboard yang berkesan. Peserta diberi pendedahan berkaitan kepentingan mengenal pasti audiens, menentukan jenis laporan yang sesuai, menyusun elemen visual, serta menggunakan prinsip reka bentuk seperti keseimbangan, proximity, kontras dan pengulangan bagi menghasilkan paparan dashboard yang jelas, menarik dan mudah difahami.


Pada akhir kursus, peserta berupaya memahami konsep asas Power BI, membina visualisasi data secara interaktif, serta menerbit dan mengurus laporan melalui Power BI Service. Secara keseluruhannya, kursus ini telah memberi nilai tambah kepada peserta dalam memperkukuh kecekapan analisis data, meningkatkan budaya kerja berasaskan data, dan menyokong keperluan pelaporan serta pemantauan prestasi jabatan secara lebih sistematik dan profesional.

by Kj Adzhar

No comments:

Post a Comment