1. Nama Aktiviti: Kursus Kem Kepimpinan MPP
2. Tarikh: 17-19 Julai 2026
3. Tempat: D Kok Eco Camp
4. Jumlah Pelajar: 35 orang
5. Sinopsis Aktiviti:
Kem Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar merupakan satu program pembangunan sahsiah dan kepimpinan yang dirancang bagi membentuk barisan pemimpin pelajar yang berwibawa, berintegriti, bertanggungjawab dan berkemahiran dalam mengurus organisasi. Program ini memberi peluang kepada ahli MPP untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan, komunikasi, kerja berpasukan, pengurusan konflik serta penyelesaian masalah melalui pelbagai aktivit. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Team Building, Latihan dalam kumpulan, Jungle Trekking dan lain-lain. Kem Kepimpinan MPP diharapkan dapat melahirkan barisan pemimpin pelajar yang mempunyai jati diri yang kukuh, berkeyakinan tinggi, berdisiplin serta mampu menjalankan amanah dengan penuh dedikasi. Program ini juga menjadi platform untuk memperkukuh hubungan silaturahim antara ahli MPP dan membina sebuah organisasi pelajar yang lebih dinamik, proaktif dan berkesan dalam menyumbang kepada pembangunan institusi serta kebajikan warga pelajar.
by Ustaz Azim

.jpeg)

.jpeg)
No comments:
Post a Comment