Saturday, July 11, 2026

Pembentangan Inisiatif Kerjasama Strategik TVETMARA MJII–ZEP Quiz

 








Pembentangan Inisiatif Kerjasama Strategik TVETMARA MJII–ZEP Quiz


Tarikh : 10 Julai 2026 (Jumaat)

Masa  : 9.30 pagi hingga 12.00 tgh

Lokasi : Bilik Kaizen 3, Tingkat 20 Ibupejabat MARA

Anjuran : Jawatankuasa Digital TVETMARA MJII

Sinopsis:


Pada 10 Julai 2026, satu sesi pembentangan berkaitan Inisiatif Kerjasama Strategik TVETMARA MJII bersama ZEP Quiz telah diadakan di Bilik Kaizen 3, Tingkat 20, Ibu Pejabat MARA. Sesi yang berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Digital TVETMARA MJII bersama pihak ZEP Quiz bagi membentangkan cadangan kerjasama kepada Bahagian Kemahiran Teknikal (BKT).


TVETMARA MJII telah diwakili oleh Pn. Nur Amalina Binti Zainal, Pn. Norhafizan Binti Mohd Hanib dan Ts. Mohd Khairul Adzhar Bin Umar. Pihak BKT pula diketuai oleh Pn. Rosnani Bt. Mohd Rosdi, Timbalan Pengarah I, Cawangan Pengajian, bersama pasukan Digital Cawangan Pengajian, BKT.


Pembentangan memberi tumpuan kepada tiga komponen utama, iaitu Education Pilot Program ZEP Quiz Collaboration, Strategic Collaboration Partnership dan ZEP Quiz Reseller Program. Inisiatif ini bertujuan meneroka penggunaan platform pembelajaran digital berasaskan gamifikasi, kecerdasan buatan dan pentaksiran interaktif bagi meningkatkan penglibatan pelajar, memperkukuh amalan pengajaran berpusatkan pelajar serta menyokong agenda transformasi digital pendidikan TVET. Turut dibentangkan ialah cadangan pelaksanaan kajian rintis, pembangunan profesional tenaga pengajar, sokongan teknikal dan pedagogi, analitik prestasi serta potensi penjanaan pendapatan melalui program reseller.


Secara keseluruhannya, pihak BKT memberikan sokongan penuh terhadap usaha merealisasikan kerjasama strategik ini. BKT turut mencadangkan agar TVETMARA MJII melihat potensi pelaksanaan yang lebih luas dan tidak terhad kepada Institusi Pendidikan MARA (IPMA) sahaja. Kerjasama ini berpotensi dikembangkan kepada institusi pendidikan, agensi latihan, organisasi korporat dan pasaran pendidikan yang lebih besar, sekali gus meletakkan TVETMARA MJII sebagai peneraju inovasi pembelajaran digital dan rakan strategik teknologi pendidikan di peringkat nasional.

by sensei Kj Adzhar

No comments:

Post a Comment