1. Nama aktiviti: BICSI SEA Industry–Academia Engagement
2. Tarikh: 16 Julai 2026
3. Tempat: Tokyo Hall, TVETMARA MJII
4. Penglibatan: 44 orang pelajar Semester 4 dan 5 DKR serta 11 orang pensyarah DKR
5. Synopsis/keterangan ringkas
Program ini bertujuan meningkatkan hubungan kerjasama antara pihak akademia dan industri melalui perkongsian pengetahuan serta pendedahan kepada teknologi dan amalan semasa dalam bidang infrastruktur rangkaian dan gentian optik. Program ini menampilkan lima orang penceramah daripada organisasi dan syarikat berkaitan industri, iaitu Dr. Garies Chong (BICSI South East Asia), Mr. Rui Takei (BICSI Japan), Ts. Zulaikha Safuan (Optik Prima Sdn. Bhd.), Mrs. Emma Chen (MicroCare Asia Pte. Ltd.) dan Mr. Raymond Lai (EXFO Asia Pacific Pte. Ltd.).
Program dimulakan dengan sesi 'Introduction and Overview', yang memberikan pengenalan mengenai BICSI, objektif program serta konsep asas teknologi gentian optik. Seterusnya, peserta mengikuti sesi 'Fusion Splicing' yang menerangkan fungsi dan kaedah pengendalian asas mesin penyambungan gentian optik (fusion splicer). Selepas waktu rehat, program diteruskan dengan sesi alat pengujian (OLTS/OTDR) yang memberi pendedahan kepada kaedah pengujian dan pengukuran prestasi rangkaian gentian optik menggunakan peralatan 'Optical Loss Test Set (OLTS)' dan 'Optical Time Domain Reflectometer (OTDR)'. Peserta juga diberi penerangan mengenai prosedur asas penggunaan peralatan tersebut dalam kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan fiber optic. Sesi 'Cleaning and Inspection' memberi penekanan kepada kepentingan proses pembersihan dan pemeriksaan penyambung gentian optik bagi memastikan kualiti sambungan serta mengurangkan risiko kehilangan isyarat. Program diakhiri dengan sesi 'Equipment Demonstration', di mana para peserta berpeluang melihat demonstrasi penggunaan peralatan fusion splicer, peralatan pengujian serta peralatan pembersihan gentian optik yang digunakan dalam industri.
Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dengan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai standard industri, teknologi terkini serta amalan terbaik dalam pemasangan, penyambungan, pengujian dan penyelenggaraan rangkaian gentian optik. Program ini turut memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi secara langsung dengan pakar industri, sekali gus meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kesediaan mereka untuk memenuhi keperluan industri telekomunikasi pada masa hadapan.
by sensei Hajar


.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)


No comments:
Post a Comment