Friday, June 7, 2024

Lawatan Kelab Bahasa Jepun MJII ke Program Sempena Hari Kebudayaan Jepun di Muzium Negara & ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024

 









1. Nama aktiviti:  Lawatan Kelab Bahasa Jepun MJII ke Program Sempena Hari Kebudayaan Jepun  di Muzium Negara & ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024

2. Tarikh: 1 Jun 2024 (Sabtu)

3. Tempat: Muzium Negara & World Trade Centre Kuala Lumpur

4. Penglibatan:  2 orang pensyarah dan 35 orang pelajar ( ahli Kelab Bahasa Jepun)

5. Sinopsis: 

Seramai 2 orang pensyarah dan 35 orang pelajar dari ahli Kelab Bahasa Jepun telah menyertai lawatan ke Program Sempena Hari Kebudayaan Jepun  di Muzium Negara. Program ini diadakan bersempena dengan Pameran Anak Patung Jepun (Japanese Doll Exhibition) di Muzium Negara Malaysia. Ia dianjurkan oleh Yayasan Jepun (Japan Foundation), bersama Jabatan Muzium Malaysia, Kementerian Perpaduan Negara, dan Kedutaan Jepun. Program ini menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik dan menyeronokkan berkaitan dengan budaya Jepun seperti bengkel masakan dan permainan tradisional Jepun, demonstrasi Kendo dan Pertandingan Cosplay. Program seperti ini dapat memberi galakan kepada para pelajar MJII untuk meningkatkan dan memperluaskan pengetahuan berkaitan  aspek-aspek unik budaya Jepun dan memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan komuniti yang mempunyai minat terhadap budaya Jepun.

by sensei Fazliani

Tuesday, June 4, 2024

MJII.... Pembentangan Latihan Industri JJ 2024 - Hanshin & Nankai

 



Selasa, 4 Jun 2024... sesi Taklimat Profesional Ethic, Sambung Belajar oleh Unit Perhubungan Industri kepada PElajar-pelajar yang baru habis Latihan Industri. Mereka akan membuat pembentangan LI mereka muaipetang ini dan esok. gambo dpd senpai Afnan Nankai.

Sunday, June 2, 2024

Pertandingan WSMB 2024 peringkat pra kelayakan.

 









1. Nama aktiviti: Pertandingan WSMB 2024 peringkat pra kelayakan.

2. Hari: Jumaat & Sabtu

3. Tarikh: 31/05/2024 & 01/06/2024

4. Tempat: 

CIAST, Shah Alam

5. Penglibatan: 

4 peserta MJII :


i. AMIRUL SHARIF BIN SHARIFUDIN, DKE SEM 4, DENSO

ii. MUHAMMAD AQIL MARZUQI BIN MUHAMAD ARIFPIN, DKS SEM 4, HITACJI

iii. MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD.YASIN, DKC sem 2, YUUSHUUU

iv. AHMAD SALMAN BIN MOHD BURHANUDDIN, SKE SEM 2, JYOUZU


6. Sinopsis: 

Pertandingan WorldSkill Malaysia Belia (WSMB) 2024 anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang terdiri daripada belia/pelajar/pekerja mahir yang berumur tidak melebihi 21 tahun. Pertandingan WSMB peringkat pra kelayakan kali ini telah disertai oleh  52 peserta mewakili agensi institut latihan kemahiran seluruh negara seperti MARA, Politeknik, JTM, KV, GiatMARA dan sebagainya

by sensei Yusuf

Sunday, May 26, 2024

Majlis penyerahan wang saguhati tutor Yushu Nerai sesi Jan-Jun 2024

 








1. Nama aktiviti : Majlis penyerahan wang saguhati tutor Yushu Nerai sesi Jan-Jun 2024

2. Tarikh : 24 Mei 2024

3. Tempat : Perpustakaan Shizouka, MJII

4. Penglibatan : 2 orang pensyarah, 11 orang tutor YSN, 1 wakil MPP 

5. Sinopsis : Satu majlis penyerahan wang saguhati bagi tutor Yushu Nerai telah diadakan bagi memberi penghargaan kepada semua tutor yang telah berjaya memenuhi jam mengajar yang telah ditetapkan. 

Majlis dimulakan dengan perbincangan ringkas bagi mengetahui  maklumbalas, cadangan penambahbaikan dan refleksi dari tutor tentang perlaksanaan kelas bimbingan yang telah diadakan semester ini. 

Pihak JK Yushu Nerai mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah atas komitmen semua tutor yang telah dilantik. Semoga usaha murni ini membantu pelajar-pelajar MJII untuk sentiasa berusaha memperbaiki dan mencapai kecemerlangan akademik

by Tecer Azwani

Thursday, May 23, 2024

MJII Innovation and Project Exhibition MIPE Jan - June 2024.

 










1. Nama aktiviti : MJII Innovation and Project Exhibition MIPE Jan - June 2024.


2. Tarikh : 15 Mei 2024


3. Tempat : Dewan Besar Hyogo, MJII


4. Penglibatan : Semua pelajar-pelajar yang mengambil kursus Final Year Project sesi Jan - Jun 2024


5. Sinopsis : 

MIPE adalah acara wajib bagi setiap semester 👏🏻👏🏻👏🏻. Pada sesi Jan - Jun 2024 ini seramai 32 orang pelajar semester 5 telah mendaftar kursus FYP dan pada MIPE ini mereka akan mengadakan sesi Demonstrasi Projek mereka.

Pada sesi MIPE terdapat dua kumpulan Panel Penilai yang akan menilai sesi demonstrasi pelajar iaitu satu kumpulan Panel Penilai Markah bagi kursus FYP dan satu lagi kumpulan penilai dari Luar untuk menilai markah dari sudut pengkomersialan projek tersebut.

Beberapa kategori anugerah projek juga telah disediakan iaitu :-

1. 3 Projek anugerah Emas

2. 3 Projek anugerah Perak

3. 3 Projek anugerah Gangsa

4. 1 Projek anugerah Video Marketing terbaik

5. 1 Projek anugerah Best Innovation award

6. 1 Projek anugerah Director Award.


Anugerah Director Award

EG2308 - Muhammad Ikhwan Fikri Bin Ghazali


Anugerah Best Innovation Award

EG2308 - Muhammad Ikhwan Fikri Bin Ghazali


Anugerah Best Video Marketing

SG2309 - Asfar Haris Bin Mohd Farid


Anugerah Emas

1- SG2306 - Muhammad Haziq Bin Mohd Azhar

2- SG2309 - Asfar Haris Bin Mohd Farid

3- EG2308 - Muhammad Ikhwan Fikri Bin Ghazali


Anugerah Perak

1- SG2302- Ahmad Anwar Hudzaifah Bin Fadzil

2- SG2313 - Ahmad Haziq Bin Ismail

3- EG2304 - Nur Azmira Binti Mohammad Aini


Anugerah Gangsa

1- CG2302 - Muhammad Firduas Bin Mohd Haniff

2- CG2308 - Haziq Faris Bin Johari

3- EG2311 - Abdullah Sobrie Bin Rahmat


Monday, May 13, 2024

Larian ALEPS EKIDEN Half Marathon 2024

 







1. Nama aktiviti : Larian ALEPS EKIDEN Half Marathon 2024

2. Tarikh : 12 Mei 2024

3. Tempat : Putra Heights, Subang Jaya

4. Penglibatan : 5 orang pensyarah, 5 orang pelajar, seorang pensyarah pengiring

5. Sinopsis : Sebagai memenuhi jemputan Alumni Dasar Pandang Ke Timur (ALEPS) serta memupuk gaya hidup sihat dan kekal aktif, MJII telah menghantar 2 pasukan menyertai larian ALEPS EKIDEN dengan jarak larian sejauh 21 km. Semua peserta telah berjaya menamatkan larian dan Syabas diucapkan 👏🏻👏🏻👏🏻

by Ila sensei

Saturday, May 11, 2024

MJII menziarahi Abang Ken...

 


Jumaat, 10 Mei 2024

Menziarahi En Kanaddi di rumahnya bersama Pn Hakima , wakil dari Ahli BKK dan rakan admin...

Field Study dan Presentation untuk Pelajar IKM Johor Bahru

 










1. Nama aktiviti:  Field Study dan Presentation untuk Pelajar IKM Johor Bahru

2. Tarikh: 10 Mei 2024 

3. Tempat: NanoMite, MJII Beranang 

4. Penglibatan: 28 Pelajar Diploma Teknokogi Pembuatan Produk Elektronik dan 2 Pensyarah..

5. Sinopsis: Seramai 28 Pelajar dan 2 Pensyarah dari IKM Johor Bahru telah datang bagi menjalankan Field Study di NanoMite MJII Beranang. Tujuan Field Study ini bagi melengkapkan laporan penilaian kursus pelajar.

by Kj Iswandy