Tuesday, September 19, 2023

Program Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023

 













1. Nama program: Program Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia

2. Tarikh: 15 September 2023

3. Masa: 9.00 pg-12.30 tghr

4. Tempat: MJII

5. Penganjur: MJII dengan Kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Hulu Langat

6. Sinopsis: Program Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia telah diadakan dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Hulu Langat. Tujuan program ini diadakan untuk menyemarakkan semangat patriotik dikalangan staf dan pelajar MJII. Program dimulakan dengan acara silat oleh pelajar MJII dan tayangan video kemerdekaan. Kemudian disusuli dengan Kuiz Kemerdekaan yang dikendalikan oleh Pegawai Penerangan iaitu En Saiful Zalizan. Perasmian telah dilakukan oleh En Salehudin b Klewan. Manakala ucapan aluan disampaikan oleh Pengarah MJII TS Dr Mahazani bin Ali. Turut hadir bagi memeriahkan program ini ialah Penghulu Beranang, Pegawai Polis Beranang dan Pengarah KPM Beranang.

by Hamirah Sensei

Program Lawatan Sambil Belajar Pelajar MRSM Kuala Kelawang ke MJII

 



















1. Nama program: Program Lawatan Sambil Belajar Pelajar MRSM Kuala Kelawang ke MJII

2. Tarikh: 18 September 2023 

3. Tempat:  MJII

4. Penganjur:   Jawatankuasa Promosi MJII dengan kerjasama MRSM Kuala Kelawang

5. Penglibatan:  77 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring MRSM Kuala Kelawang

6. Sinopsis: 


Pada 18 September 2023, seramai 77 orang pelajar dari  MRSM Kuala Kelawang bersama 4 orang guru pengiring telah membuat lawatan di MARA- Japan Idustrial Institute, Beranang.


Sebaik saja pelajar dan - guru tiba di MJII, mereka telah disambut  dengan ucapan alu-aluan dari Timbalan Pengarah Khidmat Pelajar dan Hal Ehwal Pengurusan, Puan Nor Diana bt Awang dan juga ucapan dari Pengarah MJII, Dr. Ts. Mahazani bin Ali. 


Kemudian, sesi diteruskan lagi dengan  penerangan mengenai taklimat program-program pengajian di MJII oleh pensyarah Jabatan Mikroelektronik MJII, iaitu Puan Hajah Norhafizan bt Mohd Hanib. Setelah sesi taklimat, mereka telah dibawa melawat ke  bengkel -bengkel  Mikrotik, PCB Lab, Cleanroom dan Perpustakaan Shizouka. Ribuan terima kasih diucapkan kepada wakil jabatan yang telah membantu sepanjang lawatan pelajar ke bengkel-bengkel pada hari ini.


Program sebegini amat bermakna kerana ianya berbentuk informal learning dan memberi pendedahan khusus kepada pelajar MRSM Kuala Kelawang  di samping mempromosikan MJII secara terus kepada pihak luar. Maklumat kemasukan, pendaftaran dan program antaranya merupakan intipati maklumat yang telah disalurkan dan disampaikan terus kepada pelajar dan guru-guru yang hadir. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada pelajar dalam memilih MJII sebagai pusat belajar dan halatuju pada masa depan.


Makluman program pengajian di MJII Beranang, yang merupakan salah satu pusat pengajian TVET MARA terbaik dalam bidang kejuruteraan elektronik boleh dilayari melalui pautan laman web http://mjii.kktm.edu.my/

by Kaunselor Hidayati

Friday, September 15, 2023

Program sukarelawan YSS (Yayasan Sukarelawan Siswa) 2023

 




1. Nama program: Program sukarelawan YSS (Yayasan Sukarelawan Siswa)

2. Tarikh: 1 hingga 18 September 2023

3. Tempat: UKM, Bangi dan Sabah

4. Penganjur: Jabatan Pendidikan Tinggi (Kementerian Pendidikan Tinggi) 

5. Penglibatan: Seorang Pelajar (Najhan Zikri bin Shamsul Zakri) Jabatan DKC)

 

6. Sinopsis: Program ini adalah anjuran Kementerian Pengajian Tinggi yang melibatkan pelajar IPTA dan IPTS di Malaysia.  Penglibatan pelajar MJII, Beranang dalam program berkenaan untuk melahirkan graduan yang holistic, bercirikan keusahawanan serta membentuk modal insan TVET yang holistic dan seimbang dengan nilai R.I.S.E (Religious, Innovative, Skills and Entrepreneurship)

by Ustazah Hidayah

Sunday, September 10, 2023

Selangkah ke Universiti (SKU) 2023 di Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UNIKL-BMI)

 







1. Nama program: Selangkah ke Universiti (SKU) 2023 di Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UNIKL-BMI)

2. Tarikh: 9 September 2023

3. Tempat: UniKL BMI

4. Penganjur: Yayasan Selangor, Yayasan Pelajar MARA dan Pejabat Pendidikan Daerah Gombak

5. Penglibatan: Pelajar tingkatan 5 di bawah Yayasan Selangor

6. Sinopsis: Program Selangkah Ke Universiti ini diadakan bagi memberi pendedahan dan semangat kepada pelajar tingkatan 5 di bawah Yayasan Selangor untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi selepas tamat SPM.  Pelbagai Institusi Pendidikan MARA (IPMa) seperti MJII, KKTM PJ, GMI, UniKL dan KPM yang terlibat sebagai pemamer bagi memberi maklumat kepada para pelajar mengenai peluang pengajian dan laluan kerjaya selepas tamat SPM. Selain itu, antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi ceramah motivasi yang disampaikan oleh Tuan Ahmad Fadzli (UNIC). Program ini telah dirasmikan oleh Tuan A Rahim Bin Kasdi, Setiausaha Politik YAB Menteri Besar Selangor. Program seperti ini perlu diteruskan lagi bagi membantu para pelajar mengetahui peluang pengajian yang ada selepas mereka tamat persekolahan nanti.

by Asiq Sensei

Tuesday, September 5, 2023

Kem Kepimpinan Pelajar MJII 2023

 









1. Nama Program: Kem Kepimpinan Pelajar MJII 2023

2. Tempat : Kela Adventure Camp, Kg. Ulu Sungai, Raub, Pahang

3. Tarikh: 1-3 September 2023

4. Penganjur: MPP MJII

5. Penglibatan: 40 orang pelajar dan 2 orang penyelaras MPP

6. Sinopsis: Kem Kepimpinan Pelajar MJII ini diadakan selama 3 hari melibatkan 40 orang pelajar yang terdiri dikalangan MPP, AJK MPP dan AJK Kelab. Objektif program ini adalah untuk melahirkan Pemimpin Pelajar yang berkaliber, boleh komunikasi dengan baik dan mempunyai semangat kerjasama sebagai satu pasukan. Para pelajar didedahkan dengan kemahiran survivor di dalam hutan, di dalam sungai dan di tempat tinggi. Selain itu, para pelajar juga mempelajari bagaimana untuk mengatasi rasa takut di tempat gelap, di dalam air dan di tempat tinggi. Sepanjang tempoh 3 hari tersebut, para pelajar bukan sahaja bekerja secara berkumpulan malah melakukan solat jamak dan qasar secara berjemaah. Program seperti ini perlu diteruskan lagi pada sesi yang akan datang bagi melahirkan pemimpin pelajar yang hebat.

by Asiq sensei

Program Perkongsian Kepakaran Industri "Explore The World of Embedded System"

 






1. Nama program:  Program Perkongsian Kepakaran Industri "Explore The World of Embedded System"

2. Penceramah : En Mohd Zhafri bin Baharudin

3. Tarikh : 1 September 2023

4. Masa : 10.30 am - 12.00 pm

5. Tempat : Tokyo Hall

6. Penganjur : Jabatan Embedded System 


Keterangan Program : 

Sesi perkongsian Pakar Industri (PKI) bagi Program Diploma Kejuruteraan Embedded System (DKE) telah disampaikan oleh IAP DKE En Mohd Zhafri bin Baharudin yang merupakan CEO Syarikat MInd Mechatronic Intelligent Sdn Bhd. Beliau  mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam membangunkan teknologi yang memfokuskan automasi dan pendigitalan. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan perkembangan dan revolusi Embedded System di dalam Industri 4.0. Selain itu, program ini dapat memberi pendedahan dan gambaran awal kepada pelajar dalam merancang pembelajaran dan kerjaya pelajar dalam dunia Embedded System.

by Azrinna sensei