Tuesday, September 19, 2023

Program Lawatan Sambil Belajar Pelajar MRSM Kuala Kelawang ke MJII

 



















1. Nama program: Program Lawatan Sambil Belajar Pelajar MRSM Kuala Kelawang ke MJII

2. Tarikh: 18 September 2023 

3. Tempat:  MJII

4. Penganjur:   Jawatankuasa Promosi MJII dengan kerjasama MRSM Kuala Kelawang

5. Penglibatan:  77 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring MRSM Kuala Kelawang

6. Sinopsis: 


Pada 18 September 2023, seramai 77 orang pelajar dari  MRSM Kuala Kelawang bersama 4 orang guru pengiring telah membuat lawatan di MARA- Japan Idustrial Institute, Beranang.


Sebaik saja pelajar dan - guru tiba di MJII, mereka telah disambut  dengan ucapan alu-aluan dari Timbalan Pengarah Khidmat Pelajar dan Hal Ehwal Pengurusan, Puan Nor Diana bt Awang dan juga ucapan dari Pengarah MJII, Dr. Ts. Mahazani bin Ali. 


Kemudian, sesi diteruskan lagi dengan  penerangan mengenai taklimat program-program pengajian di MJII oleh pensyarah Jabatan Mikroelektronik MJII, iaitu Puan Hajah Norhafizan bt Mohd Hanib. Setelah sesi taklimat, mereka telah dibawa melawat ke  bengkel -bengkel  Mikrotik, PCB Lab, Cleanroom dan Perpustakaan Shizouka. Ribuan terima kasih diucapkan kepada wakil jabatan yang telah membantu sepanjang lawatan pelajar ke bengkel-bengkel pada hari ini.


Program sebegini amat bermakna kerana ianya berbentuk informal learning dan memberi pendedahan khusus kepada pelajar MRSM Kuala Kelawang  di samping mempromosikan MJII secara terus kepada pihak luar. Maklumat kemasukan, pendaftaran dan program antaranya merupakan intipati maklumat yang telah disalurkan dan disampaikan terus kepada pelajar dan guru-guru yang hadir. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada pelajar dalam memilih MJII sebagai pusat belajar dan halatuju pada masa depan.


Makluman program pengajian di MJII Beranang, yang merupakan salah satu pusat pengajian TVET MARA terbaik dalam bidang kejuruteraan elektronik boleh dilayari melalui pautan laman web http://mjii.kktm.edu.my/

by Kaunselor Hidayati

No comments:

Post a Comment