Sunday, September 10, 2023

Selangkah ke Universiti (SKU) 2023 di Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UNIKL-BMI)

 







1. Nama program: Selangkah ke Universiti (SKU) 2023 di Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UNIKL-BMI)

2. Tarikh: 9 September 2023

3. Tempat: UniKL BMI

4. Penganjur: Yayasan Selangor, Yayasan Pelajar MARA dan Pejabat Pendidikan Daerah Gombak

5. Penglibatan: Pelajar tingkatan 5 di bawah Yayasan Selangor

6. Sinopsis: Program Selangkah Ke Universiti ini diadakan bagi memberi pendedahan dan semangat kepada pelajar tingkatan 5 di bawah Yayasan Selangor untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi selepas tamat SPM.  Pelbagai Institusi Pendidikan MARA (IPMa) seperti MJII, KKTM PJ, GMI, UniKL dan KPM yang terlibat sebagai pemamer bagi memberi maklumat kepada para pelajar mengenai peluang pengajian dan laluan kerjaya selepas tamat SPM. Selain itu, antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi ceramah motivasi yang disampaikan oleh Tuan Ahmad Fadzli (UNIC). Program ini telah dirasmikan oleh Tuan A Rahim Bin Kasdi, Setiausaha Politik YAB Menteri Besar Selangor. Program seperti ini perlu diteruskan lagi bagi membantu para pelajar mengetahui peluang pengajian yang ada selepas mereka tamat persekolahan nanti.

by Asiq Sensei

No comments:

Post a Comment