Friday, November 28, 2025

Segmen Integriti Siri 1 : Nasihat VS Muslihat. Mana Satu Pilihan Kita?

 





1. Nama Aktiviti:  Segmen Integriti Siri 1

2. Tarikh: 2 Mei 2025 (Jumaat)

3. Tajuk : Nasihat VS Muslihat. Mana Satu Pilihan Kita?

4. Penyampai : Prof Madya Dr Azlan Shaiful Baharum, Universiti Sains Islam Malaysia

3. Anjuran : J/Kuasa Anti Rasuah (JAR)

4. Tempat: Surau Riyadus Solihin

5. Penglibatan:  Semua pelajar serta kakitangan MJII

6. Sinopsis:

Ceramah “Nasihat vs Muslihat: Mana Satu Pilihan Kita?” yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Azlan Shaiful Baharum dalam siri Bicara Integriti di Surau Riyadus Solihin MJII menekankan perbezaan jelas antara memberi nasihat ikhlas demi kebaikan dan menggunakan muslihat untuk kepentingan diri. Penceramah menghuraikan bagaimana integriti perlu menjadi asas dalam setiap interaksi di tempat kerja, khususnya dalam komunikasi, keputusan dan tindakan harian. Beliau turut menekankan bahawa budaya menasihati dengan adab dan kejujuran akan menguatkan organisasi, manakala muslihat dan manipulasi hanya membawa kerosakan serta hilangnya kepercayaan. Secara keseluruhan, ceramah ini berjaya meningkatkan kesedaran warga MJII tentang pentingnya memilih jalan integriti dalam setiap situasi, serta menggalakkan mereka membina budaya kerja yang lebih telus, amanah dan beretika.

by sensei Azeera

No comments:

Post a Comment