1. Aktiviti: Sesi Perkongsian daripada Ts. Nadiya Osman, Jurutera Honda Malaysia
2. Tarikh: 28 November 2025 (Jumaat)
3. Masa : 10.30 pagi- 12 tenghari
4. Anjuran : JK Pembudayaan Jepun
5. Tempat: Tokyo Hall (Tht4) MJII & Online (teams)
6. Penglibatan: Semua pelajar Sementer 1 MJII
7. Sinopsis:
Ts. Nadiya Osman merupakan Senior Homologation Engineer, dan turut berperanan sebagai Section Head di Certification & Regulation Compliance Department di bawah New Model Center Division, Honda Malaysia Snd. Bhd. Beliau telah berkhidmat di Honda Malaysia sejak tahun 2013 dan berpengalaman luas dalam memastikan pematuhan penuh kenderaan kepada piawaian serta keperluan regulatori Malaysia.
Dalam sesi perkongsian ini, beliau menceritakan perjalanan kerjayanya bermula selepas menamatkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan di Gunma University, Jepun, sehinggalah dilantik sebagai Senior Homologation Engineer di Honda Malaysia. Beliau turut menjelaskan tugas serta peranan seorang jurutera homologation, iaitu memastikan setiap model kenderaan mematuhi piawaian keselamatan dan peraturan automotif termasuk ujian-ujian di bawah UNR.
Selain itu, beliau turut berkongsi tentang amalan budaya kerja syarikat Jepun yang menjadi asas di Honda Malaysia, seperti komunikasi HO-REN-SO, kaizen, standardisasi dan disiplin masa. HO-REN-SO merujuk kepada amalan melapor (Houkoku), berhubung (Renraku) dan berbincang (Soudan) secara konsisten bagi memastikan kerja sentiasa teratur dan maklumat tidak terlepas. Beliau menjelaskan bahawa budaya kerja ini menuntut ketelitian dalam dokumentasi, pelaksanaan tugas secara berstruktur, rasa hormat antara rakan sekerja, serta semangat berterusan untuk menambah baik. Dalam masa yang sama, beliau turut menekankan realiti dunia pekerjaan sebenar seperti keperluan untuk mengikuti latihan berterusan, mengambil inisiatif sendiri dalam menyelesaikan masalah, dan sentiasa bersedia belajar bagi menghadapi cabaran industri yang sentiasa berubah.
Diharapkan dengan perkongsian ini, para pelajar bukan sahaja mendapat gambaran sebenar tentang dunia kerja, tetapi juga memahami dengan lebih jelas budaya kerja Jepun yang diamalkan di industri, sekali gus memberi inspirasi untuk mempersiapkan diri menghadapi kerjaya masa hadapan.
by sensei Fazliani


.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

No comments:
Post a Comment