Friday, November 7, 2025

PENYELIDIKAN KAEDAH INOVASI KURSUS BAHASA INGGERIS IPMA

 








1. Nama aktiviti: PENYELIDIKAN KAEDAH INOVASI KURSUS BAHASA INGGERIS IPMA

2. Tarikh: 23 September - 7 November 2025 

3. Anjuran : Bahagian Pengajian Tinggi (BPT) MARA

4. Tempat: MJII Beranang

5. Penglibatan: Unit Bahasa Inggeris & Kelas Sugoi (Sem 5, Sesi Jul-Dis 2025)

6. Sinopsis: 

Majlis Amanah Rakyat (MARA) sedang dalam proses menerapkan elemen inovasi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Bahasa Inggeris di Institut Pendidikan MARA (IPMA). Sehubungan itu, pihak MARA telah melantik beberapa fasilitator bagi menjalankan sesi bersama pensyarah dan pelajar yang terpilih bagi kaedah pembelajaran ini. Program anjuran BPT ini juga melibatkan usahasama penyelidik dari Universiti Putra Malaysia, INTI International University dan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

Projek rintis ini diadakan bagi menerapkan elemen inovasi menggunakan teknologi terbaharu seperti kecerdasan buatan (AI) di dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran kursus Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan MARA. Ia telah berlansung selama 5 minggu dimana secara khususnya, pelajar didedahkan kepada penggunaan AI dalam mempelajari kemahiran bertutur dengan betul dalam Bahasa Inggeris.

Ujian Pra-Pelaksanaan dan Pasca-pelaksanaan telah diadakan bagi mengenalpasti tahap penguasaan Bahasa Inggeris pelajar setelah mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah diterapkan elemen inovasi ini. Hasil kajian ini akan dibentangkan kepada pihak pengurusan tertinggi MARA dan akan juga dikongsikan dalam bentuk penulisan ilmiah.

by tecer Azwani

No comments:

Post a Comment