Aktiviti : Program Nadwah Kepimpinan Pelajar Muslim dan Multaqa Huffaz TVETMARA 2025
Tarikh : 5 Disember - 8 Disember 2025
Tempat : Kolej Kemahiran Tinggi MARA Sri Gading
Telah berlangsung Program Nadwah Kepimpinan Pelajar Muslim dan Multaqa Huffaz TVETMARA 2025, anjuran Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA dengan penyelarasan Kolej Kemahiran Tinggi MARA Sri Gading serta kerjasama YADIM di KKTM Sri Gading. Seramai 6 orang pelajar MJII terlibat dari 200 orang pelajar TVETMARA dari seluruh IPMa.
Program ini bertujuan memperkasa pembudayaan Islami dalam kalangan pelajar TVETMARA melalui pengukuhan aspek kepimpinan, sahsiah, adab, akhlak dan nilai murni yang diterapkan melalui bimbingan dan aktiviti berstruktur. Inisiatif ini turut memperkukuh elemen RISE bagi melahirkan generasi TVETMARA yang berilmu, berdaya saing dan berkarakter unggul.
Antara pengisian lain dalam program ini termasuk penyampaian Anugerah Ikon Huffaz Profesional, Ikon Kepimpinan Muslim, Institusi TVET Tahfiz Cemerlang, serta Ikon Dakwah. Untuk makluman, Ikon Dakwah disampaikan oleh Saudara Ahmad Muhaimin dari kelas Fushigi.
by Ustaz Azim


.jpeg)
.jpeg)

No comments:
Post a Comment