Wednesday, November 7, 2012

MJII...Konvokesyen Perdana 2012

Ibu bapa saudari Qistina mewakili beliau menerima Anugerah Pelajar Terbaik MJII sesi Julai - Disember 2011. Beliau sekarang sedang melanjutkan pelajaran di United Kingdom
Saudari Mubinah bersama Ibu dan Bapanya dianugerahkan sebagai Pelajar Terbaik MJII sesi Januari - Jun 2012. Beliau sedang mempertimbangkan tawaran menyambung pelajaran di Australia. Tahniah...

MJII...Konvokesyen Perdana 2012

Laporan akhbar Utusan Malaysia 7hb November 2012.

Sunday, November 4, 2012

MJII...Kovokesyen Pertama MJII...

Konvokesyen akan bertempat di Dewan German Malaysian Institute, dari 06hb - 08hb November 2012.

Monday, October 29, 2012

MJII...Majlis Qurban 2012

sambungan...Majlis berjalan lancar dengan kerjasama dari Pendudk Flat Baiduri, Ustaz Mahzan KPTM, Pelajar-pelajar OISCA dan MJII dan Kakitangan MJII...

MJII...Majlis Qurban 2012

29hb Oktober 2012, MARA Japan Industrial Institute telah mengadakan Majlis Qurban dengan kerjasama dari Badan Kebajikan Kakitangan dan Jawatankuasa Suarau Riyadusolihin. Dua ekor lembu telah ditumbangkan dengan seekor daripadanya adalah sumbangan MARA Negeri Selangor.

Thursday, October 18, 2012

MJII...Seminar Keibubapaan SMK Khir Johari Beranang, Selangor

Ibu bapa dan pelajar melihat sekitar MJII...gambar-gambar lain sila ke www.embeddedkktmb.blogspot.com

Saturday, October 13, 2012

MJII...Rekacipta & Inovasi 2012

MJII Musical Fountain bagi kategori Gimik telah memenangi Pingat Emas serta mengumpul markah tertinggi bagi kategori tersebut lantas membawa pulang wang hadiah RM1000.00. Omedetou gozaimashita. Penat lelah mereka berbaloi jua akhirnya.

MJII...Rekacipta & Inovasi 2012

Ahli Jawatankuasa yang bertungkus lumus memastikan program berjalan lancar. Arigatou gozaimashita.

Friday, October 12, 2012

MJII...Rekacipta & Inovasi 2012

Majlis penutup dan Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang setiap kategori, projek keseluruhan terbaik dan IPMa terbaik. Untuk Projek keseluruhan terbaik dimenangi oleh British Malaysian Institute (BMI). Manakala untuk IPMa terbaik telah dimenangi oleh MARA Japan Industrial Institute (MJII) dengan 2 Emas, 2 Perak dan 6 Gangsa.