Monday, June 25, 2012

KKTMB...Pendaftaran sesi Julai 2012

Ramai adik-adik pelajar yang datang awal untuk melapor diri.

KKTMB...Pendaftaran sesi Julai 2012

Sesi Pendaftaran Pelajar Baru sesi Julai 2012 telah berlangsung di Theateratte 4. Seramai 119 orang pelajar telah melapor diri.

Saturday, June 23, 2012

KKTMB...Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Akademik) baru

Encik Azman Bin Rafaie telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Akademik) bagi menggantikan Tuan Haji Nuriman Bin Yusop. Beliau telah berkhidmat bersama MARA hampir 14 tahun dan pernah berkhidmat di IKMJB, IKM Lumut, IKM Kuching, IKM Kota Kinabalu dan Bahagian Kemahiran Teknikal (BKT)MARA.

KKTMB...Taklimat Quality MQA oleh AISB Sdn Bhd

21hb Jun 2012, satu bengkel Pengurusan Data Quality bagi tujuan pengiktirafan MQA telah dijalan oleh pihak pembekal teknologi KKTM Beranang iaitu AISB Sdn Bhd. Ianya disampaikan oleh Dr Harliza.

Wednesday, June 20, 2012

KKTM Beranang...Mentor Graphic

18hb - 19hb Jun 2012, Jabatan Mikro Elekronik berkesempatan mengadakan satu kursus peningkatan kemahiran Mentor Graphic - FPGA Advantage HDL Design bertempat di Makmal IC Layout.

Sunday, June 17, 2012

Robot Pembelajaran Baru

KKTM Beranang telah menerima 4 set Alatan Baru Pembelajaran yang berupa Robot Industri. Diharapkan dengan adanya robot-robot ini, pelajar-pelajar akan mendapat manafaat kemahiran industri yang terkini.

Pasukan Robocon KKTM beranang 2012.

Diketuai oleh Zainal sensei dan Khalid sensei...

KKTMPJ berkongsi tempat...

11hb - 14hb Jun 2012, kumpulan Robocon KKTM Petaling Jaya berada di KKTM Beranang untuk bersama-sama membina robot untuk pertandingan robocon 2012.

Monday, May 28, 2012

Pendaftaran Pelajar Baru Japan Associate Degree Program

sambungan...pendaftaran pelajar baru JAD...

Pendaftaran Pelajar Baru Japan Associate Degree Program

28hb Mei 2012, sesi pendaftaran pelajar baru JAD Program telah berlangsung si theateratte 3 dan 4.

Majlis Perpisahan Tuan Haji Nuriman Bin Yusop

24hb Mei 2012...satu majlis perpisahan untuk meraikan Tuan Haji Nuriman Bin Yusop, Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Akademik) telah dilangsungkan. Beliau akan berpindah ke Unit Kurikulum Bahagian Kemahiran & Teknikal (BKT) MARA Kuala Lumpur.

Helmi Sensei Melawat Jepun 2012

Seorang staf KKTM Beranang telah menyertai program Jenesys-3 yang telah disertai oleh 40 orang ahli Alumni Look East Policy (ALEPS) iaitu bekas pelajar Malaysia di Jepun beserta 5 lagi orang wartawan tempatan pergi ke Jepun bagi meninjau tempat yang telah ditimpa bencana tsunami pada tahun lepas. Program ini ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Jepun dan dengan bantuan Kedutaan Jepun di Malaysia, ALEPS dan JICE program ini telah berjaya dilaksanakan. Kejadian tsunami yang melanda Jepun telah mengakibatkan ramai rakyat mereka telah kehilangan ahli keluarga, pekerjaan, tempat tinggal dan harta benda. Selepas lebih setahun kejadian ini menimpa, para peserta program ini telah diberi peluang untuk melihat sendiri tempat kejadian iaitu di Bandar Rikuzen Takata, Otsuchi dan Kamaishi. Tsunami yang melanda adalah setinggi 3 tingkat bangunan dan telah mengakibatkan banyak rumah dan bangunan hanyut dibawa arus deras. Malapetaka yang menimpa tempat ini turut memberikan impak dan trauma yang sangat besar kepada penduduk disini. Justeru itu, ahli ALEPS yang semuanya berkebolehan berbahasa Jepun amatlah berguna menjadi ‘kikijozu’ iaitu pendengar yang baik bagi rakyat Jepun berkongsi perasaan mereka. Disini, perserta juga dapat melihat bagaimana orang Jepun bangkit semula melawan nasib yang telah menimpa mereka. Kebanyakan orang luar hanya dapat merasakan bencana tsunami sahaja yang menimpa mereka, sebaliknya mereka juga bergelut dengan isu kebocoran radiasi, krisis tenaga elektrik dan mewujudkan semula bandar yang terjejas.