Thursday, September 30, 2010

KKTMB...Majlis Hari Raya AidilFitri 2010




30hb September 2010, selepas 21 hari Syawal menjelma, KKTMB berjaya mengadakan Majlis Hari Raya bagi tahun ini walaupun dengan kekangan kesibukan tugas dan aktiviti pembelajaran.

Kakitangan, pensyarah dan pelajar KKTMB bergaya sakan dengan baju melayu dan baju kurung masing-masing.

Sesuatu yang seronok juga adalah segala juadah untuk majlis ini adalah disediakan dengan kerja gotong royong AJK Badan Kebajikan Kakitangan, pensyarah, pengarah dan Timbalan pengarah KKTMB sendiri.

Majlis juga turut meraikan Ahmado sensei yang akan bertugas di Telekom Malaysia Petaling Jaya mulai 01hb Oktober untuk program penggabungan Kakitangan Awam dan GLC.

KKTMB...Kursus Mengendali Spectrum Analyser dan Digital Analyser



30hb September 2010 bertempat di Makmal Elektrikal, satu kursus pendek tentang pengendalian Spektrum Analyser dan Digital Analyser telah diadakan.

Dua alatan ini adalah dari jenis High End iaitu untuk kegunaan peringkat tinggi. Oleh itu pelajar-pelajar KKTMB ini nanti patut berbangga kerana dapat menggunakan alatan yang tercanggih dan terbaik untuk sesi pembelajaran mereka nanti.

Latihan ini dihadiri oleh beberapa orang pensyarah KKTMB.

Wednesday, September 29, 2010

KKTMB...Kursus Mengendali Alatan




27hb September - 01hb Oktober 2010, seramai 20 orang sensei telah berkursus mengendalikan beberapa alatan pembelajaran yang baru diterima.

Antara alatan yang telah diterima ialah Mobile Telecomunication Trainer dan RFID trainer untuk kursus Data Communication and Network.

Sunday, September 26, 2010

KKTMB...serbu rumah Pengarah...



26hb September 2010, pelajar-pelajar KKTM Beranang beramai-ramai menyerbu rumah pengarah KKTM Beranang, Tuan Haji Wan Sabri untuk berhari raya.

Thursday, September 2, 2010

KKTMB...Iftar Perdana 2010




02hb September 2010, Majlis Iftra Ramadhan 2010 telah diadakan di Dewan Besar Hyogo KKTM Beranang.

KKTMB berasa sungguh bertuah atas kehadiran Timbalan Pengarah Pendidikan MARA, Tuan Haji Ibrahim bin Ahmad dan Pengarah MARA Negeri Selangor.

Majlis diserikan dengan kehadiran penuh pelajar-pelajar KKTM Beranang, kakitangan KKTM Beranang, Kakitangan Syarikat Jalinan Rakyat, Penghulu Beranang, Tok Ketua-ketua Kampung, Ketua Balai Polis Beranang dan beberapa orang lagi jemputan khas.

KKTMB...Geng Embedded Buka Puasa di Red Wok


01hb September 2010, rakan-rakan sekerja Embedded System berbuka puasa di Red Wok Bangi Selangor.

Makanan sedap dan banyak dan jenuh nak dihabiskan...tapi akhirnya berjaya juga kami habiskan....

Monday, August 23, 2010

KKTMB...Kelas Micro Controller


Berkongsi keseronokkan mengajar subjek Micro Controller and Embedded System...




Friday, August 13, 2010

KTMB...Penubuhan Koperasi KKTMB



13hb Ogos 2010, KKTMB menempa satu lagi sejarah dengan Penubuhan Koperasi Kolej Kemhiran Tinggi MARA Beranang.

Mesyuarat penubuhan diadakan pada jam 8.00 pagi dengan kehadiran Pengarah, Timbalan Pengarah KP&HEP, Timbalan Pengarah HEA, pensyarah dan pelajar KKTMB di dewan theaterrate 4.

Dalam ucaptama Tuan Hj Wan Sabri bin Wan Ismail sebagai pengarah dan penaung Koperasi KKTMB, beliau menyentuh kepentingan kewujudan koperasi ini iaitu sebagai penaja kepada akiviti serta program-program kolej, penaja kepada pelajar-pelajar cemerlang KKTMB dan kebanyakkan masanya ialah memulangkan keuntungan koperasi kepada ahli-ahlinya iaitu warga KKTMB sendiri.

Beliau juga menyebut beberapa faktor kejayaan sesebuah koperasi iaitu faktor kepimpinan koperasi sebagai yang pertama. Jika mereka bersungguh-sungguh dan dengan penglibatan semua warga KKTMB maka akan memberi kejayaan kepada koperasi.

Faktor yangkedua ialah menghasilkan aktiviti-aktiviti menjana pendapatan kepada koperasi dengan agresif seperti membuat mini koperasi, dobi, pengurusan dewan makan, pengurusan kafeteria dan pelbagai lagi.

Faktor yang ketiga ialah jaringan perniagaan yang luas. Ahli pengurusan koperasi mestilah mempunyai jaringan yang luas dan mantap kerana sesebuah koperasi itu tidak akan dapat bergerak dengan sendiri tanpa bantuan dan ada ketikanya ianya yang memberikan bantuan.

Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi MARA Beranang...Omedetou Gozaimasu...

Wednesday, August 11, 2010

KKTMB...Kad Pelajar...



Mulai minggu ini, semua pelajar KKTM Beranang akan menggunakan kad pelajar yang baru.

Sedikit maklumat penting yang perlu diingati :

1. Kad metrik ini hendaklah dipakai setiap masa semasa berada di dalam kawasan kolej.

2. Kad ini hendaklah ditunjukkan apabila dikehendaki oleh pegawai yang berkuasa yang bertugas.

3. Kehilangan kad ini hendaklah dimaklumkan dengan segera kepada pejabat yang mengeluarkannya.

Wednesday, July 28, 2010

KKTMB...Pusat Pemilihan MARA


28hb Julai 2010, seramai 200 orang pegawai MARA gred 44 dan 48 dari seluruh Malaysia berkumpul di KKTM Beranang untuk menghadiri Assessment MARA.

Ianya adalah salah satu program kendalian Bahagian Sumber Manusia MARA. Program ini adalah untuk pemilihan kenaikan pangkat dari gred 44 kepada gred 48 dan dari gred 48 kepada gred 52.


Kepada semua tetamu, semoga dapat manjalani program ini dengan selesa, Selamat Datang dan Selamat Berkursus.

Friday, July 23, 2010

KKTMB...Menawan Bukit Broga


22hb Julai 2010, Ahli Persatuan Aikido KKTM Beranang seramai 21 orang telah berjaya menawan Bukit Broga.

Ekspedisi diketuai oleh Zaid sensei dan Norhafiza sensei. Rombongan mula menaiki bukit jam 2.30 petang dan sampai di puncak jam 3.15 petang.

Di dalam ekspedisi ini, ahli-ahli nampaknya sungguh bersemangat dan saling bantu-mambantu antara satu sama lain. Di sini juga dapat diperhatikan kesungguhan, keazaman dan nilai-nilai kerja berpasukan.

Tahniah kepada Ahli-ahli Aikido KKTM Beranang kerana berjaya menawan puncak Bukit Broga dan diharapkan selepas ini mereka akan menawan gunung-gunung pula. Omedetou gozaimashita.

Layari youtube : search for : KKTM Beranang, mjii, aikido KKTM Beranang untuk video pengembaraan tersebut.

Monday, July 12, 2010

KKTMB...Melawat Ubaidullah sensei



11hb Julai 2010, Ustaz Abdusamad, Yuraimi Yakimin Sensei dan Ja'aris Sensei telah meluangkan masa melawat Ubaidullah sensei di Hospital Universiti Kebangsaaan Malaysia (HUKM).

Beliau berada di wad untuk menjalani pembedahan merawat mata kirinya. Turut berada di sisi beliau ialah isteri beliau.

Didoakan mata beliau akan segera sembuh dan cepat kembali bertugas.

Friday, July 9, 2010

KKTMB...Melawat Azmin Sensei...


8hb Julai 2010, Azmin sensei telah seminggu dimasukkan ke dalam wad di Hospital Selayang akibat jangkitan kuman.

Beberapa orang kakitangan telah menziarahi beliau sepanjang beliau berada di wad tersebut.

Hari ini, kami sempat menziarahi beliau yang terdiri oleh Ahmado sensei, Anas, Zaid, Ja'aris dan Halimaton sensei. Turut datang menziarahi ialah Rosnani sensei, Ismail, Suhana, Hamimi dan Norizam sensei.

Kepada Azmin sensei...odaijini...semoga cepat sembuh, anak - anak mu ramai yang menanti kepulangan mu...

Saturday, July 3, 2010

KKTMB...Majlis Perpisahan Pensyarah


02hb Julai 2010, satu majlis perpisahan dan meraikan mereka yang akan berpindah dari KKTM Beranang telah diadakan.

4 orang pensyarah yang akan berpindah ialah Saipul Asmin Tumin sensei yang akan berpindah ke KKTM Kuantan, Zakinah sensei yang akan berpindah ke KKTM Ledang (sementara di MARA KL), Khairul Anuar sensei akan berpindah ke KKTM Masjid Tanah dan Rasudden sensei yang akan berpindah ke KKTM Ledang. Seorang lagi kakitangan yang berpindah ialah Pn. Norbashirah (kerani HEP) yang berpindah ke MARA KL.

Pepindahan semua sensei tersebut adalah atas dasar kenaikan pangkat iaitu Ketua Kursus di tempat masing-masing. Kepada mereka semua, ganbatte kudasai ne.

Majlis turut diserikan lagi dengan jamuan nasi beriyani yang ditaja oleh rakan-rakan sekerja yang menerima anugerah perkhidmatan cemerlang 2009 iaitu Pn. Norsuzana, Pn Siti Hawa, Pn. Wan Faridah, En. Azmin, En. Khairul Anuar, En. Rasaudden dan Tn. Hj. Nuriman. En. Ab Alias dan En. Saipul juga turut menyumbang untuk memeriahkan lagi jamuan tersebut. Terima kasih daun keladi...

Sedih dan sayu untuk berpisah dengan rakan-rakan sekerja, terutama bila teringat kenangan bersama-sama di Jepun dahulu. Patah tumbuh hilang berganti..

Kalau rindu pada kami di KKTMB @ MJII ini...jenguk-jenguklah laman blog ini.

Selamat berjaya...