Saturday, July 3, 2010

KKTMB...Majlis Perpisahan Pensyarah


02hb Julai 2010, satu majlis perpisahan dan meraikan mereka yang akan berpindah dari KKTM Beranang telah diadakan.

4 orang pensyarah yang akan berpindah ialah Saipul Asmin Tumin sensei yang akan berpindah ke KKTM Kuantan, Zakinah sensei yang akan berpindah ke KKTM Ledang (sementara di MARA KL), Khairul Anuar sensei akan berpindah ke KKTM Masjid Tanah dan Rasudden sensei yang akan berpindah ke KKTM Ledang. Seorang lagi kakitangan yang berpindah ialah Pn. Norbashirah (kerani HEP) yang berpindah ke MARA KL.

Pepindahan semua sensei tersebut adalah atas dasar kenaikan pangkat iaitu Ketua Kursus di tempat masing-masing. Kepada mereka semua, ganbatte kudasai ne.

Majlis turut diserikan lagi dengan jamuan nasi beriyani yang ditaja oleh rakan-rakan sekerja yang menerima anugerah perkhidmatan cemerlang 2009 iaitu Pn. Norsuzana, Pn Siti Hawa, Pn. Wan Faridah, En. Azmin, En. Khairul Anuar, En. Rasaudden dan Tn. Hj. Nuriman. En. Ab Alias dan En. Saipul juga turut menyumbang untuk memeriahkan lagi jamuan tersebut. Terima kasih daun keladi...

Sedih dan sayu untuk berpisah dengan rakan-rakan sekerja, terutama bila teringat kenangan bersama-sama di Jepun dahulu. Patah tumbuh hilang berganti..

Kalau rindu pada kami di KKTMB @ MJII ini...jenguk-jenguklah laman blog ini.

Selamat berjaya...

No comments:

Post a Comment