Tuesday, October 15, 2024

Lawatan Industri dan Field Study Kursus DFE50123

 











1. Nama Aktiviti: Lawatan Industri dan Field Study Kursus DFE50123 

2. Tarikh:  15 Oktober 2024

3. Masa: 9.30 pagi - 5.00 petang

3. Penganjur: DKE, MJII

4. Tempat: KNX Skills and Development Centre (KSDC) Sdn Bhd

6. Synopsis/Keterangan Ringkas: Seramai  19 orang pelajar semester 5 dan 8 orang Pensyarah dari Jabatan Embedded System ( DKE)  telah mengadakan lawatan sambil belajar dan Field Study (Experiential Learning) ke KSDC. Sesi lawatan dan Field Study ini dimulakan dengan ucapan oleh Pengarah Urusan KSDC, iaitu Ts P. W. Siew. Pelajar seterusnya didedahkan dengan Teori Sistem KNX, dan seterusnya lawatan ke sekitar premis KSDC. Pada sesi petang, pelajar berpeluang membuat konfigurasi sistem 'Smart Home' secara hands-on.

Semoga kunjungan ke KSDC ini memberi manfaat kepada pelajar.

by sensei Fatma

๐—Ÿ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—น ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฝ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ ๐——๐—ž๐—–, ๐— ๐—๐—œ๐—œ ๐—ธ๐—ฒ ๐—œnstitusi Pengajian Tinggi (IPT)

 




1. Nama Aktiviti: ๐—Ÿ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—น ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฝ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ ๐——๐—ž๐—–,  ๐— ๐—๐—œ๐—œ ๐—ธ๐—ฒ ๐—œnstitusi Pengajian Tinggi (IPT)

2. Tarikh:  29 & 30 September 2024

3. Penganjur: DKC, MJII

4. Tempat: Makmal Instrumentasi & Kawalan ( DLI) , KKTM Kemaman, Terengganu & Fakulti FTKEE, Universiti Malaysia Pahang Al- Sultan Abdullah, Pekan Pahang 

6. Synopsis/Keterangan Ringkas: Seramai  14 orang pelajar semester 5 dari Jabatan Pengukuran Elektronik & Kawalan ( DKC) dan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke dua buah institusi Pengajian Tinggi iaitu KKTM Kemaman & UMPSA. 


Di KKTM Kemaman, pelajar telah dipecahkan kepada 4 kumpulan untuk menjalankan field study ( experiences learning) bagi mendalami jenis- jenis transducer serta actuator yang diguna-pakai dalam sektor o&g (upstream mini plant) melalui sesi perkongsian bersama pensyarah DLI, KKTM Kemaman. 


       Manakala di Fakulti FTKEE UMPSA, pelajar telah didedahkan tentang program Sarjana Muda kejuruteraan / Kejuruteraan Teknologi Elektrik/ Elektronik ( BEL, BTE, BTS, dari segi kursus, kaedah PdP dan peluang melanjutkan pelajaran dengan dual degree yang ditawarkan. Pelajar juga dibawa melawat makmal/bengkel di fakulti.

   

 Semoga perkongsian daripada 2 IPT  memberi pengetahuan dan manfaat kepada pelajar.

by sensei Syaaban

KURSUS FESTO – CERTIFIED INDUSTRIAL AUTOMATION 2024

 




1. Nama Aktiviti: KURSUS FESTO – CERTIFIED INDUSTRIAL AUTOMATION 2024

2. Tarikh: 24 -26 September 2024 

3. Masa: 8.00pagi-5.00petang

4. Penganjur: FESTO

5. Tempat : Selangor Technical Skills Development Centre (STDC, Shah Alam)

6. Synopsis/Keterangan Ringkas:11  Pelajar kelas Sharp dari jabatan DKC menghadiri  latihan Automasi Industri yang dianjurkan oleh Festo di mana mereka belajar tentang asas-asas Sistem Automasi Industri menggunakan 3 instrumen utama iaitu pneumatik, hidraulik dan elektro-pneumatik. 

Mereka menjalani sesi teori & praktikal selama 3 hari dan berjaya menamatkan kursus dengan jayanya. Mereka telah dianugerahkan sijil kecemerlangan oleh Festo sebagai bukti mencapai hasil pembelajaran yang diperlukan semasa latihan.

by sensei Ali

Tuesday, October 8, 2024

Bengkel Pembangunan Pelaporan Penambahbaikan Kualiti Berterusan (CQI-CAR&PLOA) Menerusi Migrasi Data dan Olahan Data Di Dakam Microsoft SharePoint Dari Sistem Pencapaian dan Prestasi Pelajar (SPPP) Siri 1

 





1. Nama Aktiviti: Bengkel Pembangunan Pelaporan Penambahbaikan Kualiti Berterusan (CQI-CAR&PLOA) Menerusi Migrasi Data dan Olahan Data Di Dakam Microsoft SharePoint Dari Sistem Pencapaian dan Prestasi Pelajar (SPPP) Siri 1.

2. Tarikh: 1-2 Oktober 2024

3. Masa: 8.00pagi-5.00petang

4. Penganjur: Bahagian Kemahiran Teknikal-BKT

5. Tempat: MJII Beranang

6. Synopsis/Keterangan Ringkas: Bengkel ini bertujuan untuk menghasilkan pelaporan berstruktur dan mengikut format seragam dan melalui proses yang lebih mudah di aplikasikan oleh pensyarah. Pelaporan ini sangat penting untuk penambahbaikan kualiti berterusan keberhasilan program dan pelajar yang di audit dan disemak oleh badan akreditasi seperti ETAC(BEM) dan TTAC(MBOT). Bengkel ini dihadiri oleh pegawai UPP dan Ketua program daripada 7 pusat IPMA.

by Yuraimy Sensei

Wednesday, October 2, 2024

Program Sumbangan Minyak Masak Terpakai di MJII 2024

 







1. Nama Aktiviti: Program Sumbangan Minyak Masak Terpakai di MJII

2. Tarikh: 13- 27 September 2024

3. Masa: 8.00pagi-5.00petang

4. Penganjur: AJK Imej Keceriaan & Lanskap/Green

5. Tempat: MJII Beranang

6. Synopsis/Keterangan Ringkas: Alhamdulillah, terima kasih dan tahniah kepada semua warga MJII dimana pihak AJK Imej,Keceriaan & Lanskap / Green telah berjaya mengadakan Program Sumbangan Minyak Masak Terpakai. Program ini telah berlangsung selama 2 minggu bermula 13~27 September 2024 . Program ini telah mendapat kerjasama semua warga MJII dalam usaha perlindungan alam sekitar di MJII untuk Malaysia, selain dapat mengumpul dana yang akan digunakan untuk aktiviti  Imej, Keceriaan & Lanskap di MJII.

by Achnas sensei

Monday, September 30, 2024

Karnival TVET KKDW 2024

 







1. Nama Aktiviti: Karnival TVET KKDW 2024 

2. Tarikh:  27 - 29 September 2024

3. Masa: 10.00 pagi - 6.00 petang

4. Penganjur: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)

5. Tempat: Malacca International Trade Center (MITC, Ayer Keroh Melaka

6. Synopsis/Keterangan Ringkas:

Karnival Tvet KKDW adalah satu usaha dari Pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk mempopularkan pendidikan TVET di mata rakyat Malaysia. Di sini semua agensi yang terlibat dengan Pendidikan TVET dijemput bagi mempromosikan pusat latihan masing-maisng.


MJII juga telah dijemput untuk menyertai Karnival KKDW 2024 ini. Terdapat 2 pertandingan yang disertai oleh pasukan MJII iaitu Pertandingan Robattle (RObot Tempur) UniKL MFI dan Pertandingan Inovasi dan Rekacipta KKDW.


Untuk pertandingan Robattle (RObot Tempur), MJII telah menghantar 3 pasukan dan untuk Pertandingan Inovasi dan Rekacipta, MJII telah menghantar 3 penyertaan.


Pasukan MJII telah memperoleh tempat ke 4 dan membawa pulang hadiah tunai RM300 bagi pertandingan Robattle (Robot Tempur) dan 3 anugerah EMAS bagi Pertandingan Inovasi dan Rekacipta.

by Jaa sensei

Lawatan Penanda Aras Program DKC,MJII bersama Program DLI, KKTM Kemaman

 








1. Nama Aktiviti: Lawatan Penanda Aras Program DKC,MJII bersama Program DLI, KKTM Kemaman 

2. Tarikh:  29 September 2024 (Ahad)

3. Masa: 10.00 pagi - 2.00 petang

4. Penganjur: DKC, MJII-DLI, KKTM Kemaman

5. Tempat: Makmal Instrumentasi & Kawalan ( DLI) , KKTM Kemaman, Terengganu

6. Synopsis/Keterangan Ringkas: Seramai 4 staf  dan 14 orang pelajar dari Jabatan Pengukuran Elektronik & Kawalan ( DKC) dan telah mengadakan lawatan ke KKTM Kemaman bagi tujuan Lawatan Penanda Aras Program & Pengiktirafan ETAC. Kehadiran deligasi MJII telah diraikan oleh Timbalan Pengarah (KPHP) Pn Haliza Binti Kamis serta semua staf DLI yang diketuai oleh Ketua Program DLI, En Rasaudden B Abd Rahman. Antara perkongsian bersama adalah dari segi pelaksanaan  PdP dan penilaian , peralatan & kelengkapan makmal serta QMS ( penglibatan/aktiviti bersama EE, IAP dan pelaksanaan  CQI program).

   

        Semoga perkongsian 'good practice' antara kedua- dua program dapat dimanfat bersama.

bu Kj Zalina

Sunday, September 15, 2024

Mesyuarat Kolaborasi Konferens MJII dan UNIKL

 







1. Nama aktiviti: Mesyuarat Kolaborasi Konferens MJII dan UNIKL 

2. Tarikh:  12 Sept 2024 (Khamis)

3. ⁠Masa : 2.30 petang – 4.45 petang

4. ⁠Tempat: Bilik Mesyuarat, Tingkat 22, Bangunan Canselori UniKL.

4. Sinopsis/keterangan ringkas:  

Sesi perbincangan telah diadakan diantara jawatankuasa konferens MJII dengan Bhg Penyelidikan UniKL. Tujuan perbincangan adalah untuk mendapatkan maklumat lanjut keperluan dalam melaksanakan konferens. Dimaklumkan bahawa pihak UniKL akan menganjurkan kongres elektronik yang merangkumi 4 cawangan unikl (MFI, MIMET, BMI, UBIS). MJII telah dijemput untuk turut menjadi co-host konferen dalam bidang elektronik yang berkait dengan MJII. Secara keseluruhan , sesi ini telah berjaya mendapatkan maklumat dan pengalaman UniKL dalam melaksanakan konferen di peringkat local dan antarabangsa.

by sensei Masri

Thursday, September 12, 2024

Temasya SPeKMA Ke-12 Tahun 2024 di KKTM Kemaman

 





Alhamdulillah

Selesai sudah 5 hari kejohanan Temasya SPeKMA Ke-12 Tahun 2024 di KKTM Kemaman


Kedudukan MJII & jumlah pungutan mata secara keseluruhan adalah seperti berikut:


✅Kedudukan : Kelima (5) keseluruhan dari 24 pusat

✅Pungutan mata : 102


Jumlah kutipan pingat yang diperolehi adalah seperti berikut : 


Emas - 0

Perak - 1 (eGames-ML)

Gangsa - 1 (TVET run - P)


Status Kelayakan setiap acara : 


✅TVET Run (L) - all finisher

✅TVET Run (P) - 3rd & all finisher

✅Bola sepak - suku akhir shj

✅Bola tampar (L) - suku akhir shj

✅Takraw - suku akhir shj

✅Badminton - suku akhir shj

✅Bola Jaring - suku akhir shj

✅Dart - peringkat kump shj

✅eGames (Pubg) - Ke-7 terbaik

✅eGames (ML) - Tempat Ke-2

✅Volley Ball (P) - Suku akhir shj

✅Ping Pong - Suku akhir shj


Terima kasih & tahniah kepada semua atlet serta coach/pengiring yg terus kekal bersemangat dan berusaha bersungguh-sungguh disetiap acara yang disertai


Serta tidak dilupakan pihak pengurusan atas segala sokongan dan iringan doa sepanjang temasya ini..


Kalah dan menang adat dalam pertandingan

Insyallah semoga semangat kesukanan dan perjuangan ini dapat diteruskan ke SPeKMA yang akan datang

Gambatte Minasan

Arigatou Gozaimasu

by Ubai Sensei

Koza JD 2024 DKC - Line Follower Robot Competition

 







1. Nama Program: Line Follower Robot Competition


2. Tarikh: 6 September 2024


3. Anjuran: Jabatan DKC


4. Tempat:  Hyogo Hall, MJII


5. Penglibatan: Pelajar dan Staff DKC


6. Sinopsis/Keterangan: Jabatan DKC telah mengadakan pertandingan line follower robot antara sub-kouza Sensei DKC. Tujuan pertandingan ini adalah untuk memupuk kerja berpasukan antara kumpulan dan merangsang pemikiran kritikal ( critical thinking) setiap pelajar.  Tugasan pelajar adalah membina robot yang dapat melalui garisan dalam masa yang terpantas. Pertandingan ini telah dimenangi oleh:

Tempat Pertama : Kouza Sensei Achnas

Tempat Kedua : Kouza Sensei Azrul

Tempat Ketiga : Kouza Sensei Haji Hasan

Video Montaj Terbaik : Kouza Sensei Syaban 

Pertandungan ini telah mencapai objektifnya. Diharapkan pertandingan sebegini diteruskan untuk tahun seterusnya

by sensei Azrul