Blog ini adalah untuk memaparkan aktiviti warga MARA Japan Industrial Institute yang dulu dikenali sebagai Kolej Kemahiran Tinggi MARA Beranang. MJII menempatkan Program Diploma Elektronik, Japan Associate Degree Program dan Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA
Monday, February 5, 2024
Saturday, February 3, 2024
Slot Kohza JJ 2024 - Tenaga Boleh Diperbaharui (Renewable Energy)
1. Nama Aktiviti: Slot Kohza - Tenaga Boleh Diperbaharui (Renewable Energy)
2. Tarikh: 2/2/2024
3. Masa: 11.00-12.00 tengah hari
4. Tempat: Surau Riyadus Solihin
5. Penglibatan: Semua pelajar MJII
6. Penganjur: JK Kohza, JK Green Tech
7. Sinopsis:
Renewable Energy (RE) adalah salah satu strategi untuk mencapai tahap "hijau" kepada sesuatu sistem, contohnya sistem penjanaan elektrik. RE biasanya menggunakan sumber tanpa had, bersifat semula jadi dan tidak mencemarkan alam. Sesi kohza ini bertujuan untuk menambah minat pelajar untuk memahami dan mengkaji RE untuk dijadikan sebagai projek FYP mereka. 2 sesi kuiz telah diadakan untuk menguji kefahaman mereka terhadap RE dan hadiah telah diberikan kepada 10 pemenang yang berjaya.
by sensei alifudin
Thursday, January 18, 2024
Bengkel Penulisan & Penerbitan Menggunakan Platform Digylearn di MJII
2. Tarikh: 18/1/ 2024
3. Masa: 9.00 pagi - 1.00 ptg
4. Tempat: Smart Classroom
5. Penglibatan: 10 orang Pensyarah
6. Penganjur: JK Penerbitan 2022/2023
7. Sinopsis:
Bengkel penulisan dan penerbitan ini melibatkan sensei yang telah menerbitkan modul (e-book) menggunakan platform digylearn iaitu bagi subjek Penghayatan Aqidah dan Electrical Technology. Kali ini objektif bengkel adalah untuk menambah baik modul dengan memasukkan elemen kreatif dalam modul pembelajaran. Coach Mohd Noor Bin Mohd Tahir banyak berkongsi ilmu dan kaedah dalam pembinaan kuiz dan Game. Semoga para pelajar dapat manfaat dan lebih seronok untuk belajar.
by Juliana sensei
Selangkah ke Universiti 2023 SMK Kajang Utama
1. Program: Selangkah ke Universiti 2023 SMK Kajang Utama
2. Tarikh: 12 Januari 2024 (Jumaat)
3. Masa: 7.30 pagi - 12.30 tengah hari
4. Tempat: Dataran Seri D'Utama, SMK Kajang Utama
5. Penganjur: SMK Kajang Utama
6. Sinopsis: SMK Kajang Utama melalui PIBG dan Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Daerah Hulu Langat telah menganjurkan Program Selangkah ke Universiti khusus untuk para pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM pada bulan Februari 2024. Program ini telah menjemput Instutut Pendidikan MARA (IPMA) seperti UniKL, GiatMARA, KPM, KUPTM dan GMI untuk memberikan taklimat berkenaan program yang ditawarkan dan kelebihan yang diberikan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di pusat masing-masing. MJII diwakili oleh En. Achnas Ali dan En. Mohd Alifuddin untuk memperkenalkan dan mempromosikan MJII kepada para pelajar berkenaan program yang ditawarkan, pencapaian MJII di Malaysia dan antarabangsa, peluang kerjaya serta peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ramai pelajar yang menunjukkan minat dan bertanya mengenai MJII semasa program ini berlangsung.
by Alif sensei
Friday, January 5, 2024
Hari Pendaftaran dan Minggu Silaturahim Sesi Januari-Jun 2024
1. Nama aktiviti: Hari Pendaftaran dan Minggu Silaturahim Sesi Januari-Jun 2024
2. Pendaftaran Online
Tarikh: 26/12/2023
3. Minggu Silaturahim
Pelajar
Tarikh: 2 & 3 /1/2024
Tempat: Tokyo Hall & Surau
Riyaddussolihin
4. Sinopsis/keterangan ringkas:
Minggu Silaturahim (MSR) adalah merupakan program pengambilan pelajar baharu, di mana ia memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang sistem pengajian di MJII. Terdapat 44 orang pelajar baharu yang terdiri daripada lima jabatan yang mendaftar pada sesi kali ini. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan disepanjang MSR bagi meraikan para pelajar. Antara aktiviti-aktiviti sepanjang MSR ialah: Taklimat Bersama Pengarah, Taklimat Bersama Ketua-Ketua Jabatan, Taklimat Akademik & Unit Peperiksaan, Taklimat Hal Ehwal Pelajar, Taklimat Felo, Taklimat Perpustakaan. Kerjasama antara AJK MSR dan Urusetia Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) selaku fasilitator telah menjayakan program ini dengan baik. Semoga para pelajar baharu dapat menyesuaikan diri dalam menimba ilmu di MJII.
by Juliana Sensei
Friday, December 29, 2023
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BERSAMA KOMUNITI KRT BANDAR RINCHING SEKSYEN 5
1. Nama program: PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BERSAMA KOMUNITI KRT BANDAR RINCHING SEKSYEN 5.
2. Tarikh : 18 November 2023
3. Masa : 7.00 pagi - 1.00 petang
4. Tempat : Padang Zon D Bandar Rinching Seksyen 5
5. Penganjur : Persatuan Penduduk Bandar Rinching Seksyen 5
6. Keterangan Program :
Sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial kepada komuniti, seramai 19 orang pelajar Semester 1 dari kelas Yuushuu Jabatan Pengukuran Elektronik & Kawalan (DKC) telah menyertai Program Gotong Royong mingguan mengikut Zon di Bandar Rinching Seksyen 5.Program gotong royong ini merupakan acara bulanan yang disertai penduduk Bandar Rinching Seksyen 5. Selain daripada gotong royong, pelajar juga berpeluang melaksanakan pemeriksaan kesihatan melalui aktiviti KOSPEN yang diadakan di sini. Melalui kerja-kerja kemasyarakatan seperti ini, ia dapat memupuk perasaan bertimbang rasa dan keprihatinan terhadap komuniti di persekitaran dan juga mengaplikasikan semangat hidup bersama dalam suatu komuniti tanpa mengira agama, bangsa, kepercayaan dan ideologi.
by Akma Sensei
Bengkel Pembuatan Rak Tanaman Dalam Pasu
1. Nama Aktiviti: Bengkel Pembuatan Rak Tanaman Dalam Pasu
2. Tarikh: 14 November 2023
3. Tempat: Bengkel Mekanikal MJII
4. Penglibatan: 6 pelajar dan 4 staf
5. Penganjur: JK GreenTech
6. Sinopsis: Salah satu cara untuk mewujudkan persekitaran rendah karbon di MJII ialah dengan penanaman pokok selari dengan inisiatif Greening TVET. Aktiviti penanaman pokok di dalam pasu telah lama dibuat bagi menghias kawasan persekitaran kerana cara ini lebih mudah untuk dijaga selain kos yang lebih murah. Bagi menggalakkan aktiviti ini, satu rak telah dibina untuk dijadikan tempat untuk menyusun dan menanam pokok-pokok dalam pasu dan akan diletakkan di tempat yang bersesuaian. Bahan utama rak ini ialah Aluzinc Blue Steel Truss (C Channel) yang ringan, mudah dibentuk dan dicantumkan hanya menggunakan skru. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Pensyarah Mekanikal iaitu En. Zainal Ahamad.
by Alifudin sensei
Bengkel Pembuatan Sabun Dari Minyak Masak Terpakai
1. Nama Aktiviti: Bengkel Pembuatan Sabun Dari Minyak Masak Terpakai
2. Tarikh: 14 November 2023
3. Tempat: Wa Senta (Cafe Atas) MJII
4. Penglibatan: 10 pelajar dan 10 staf
5. Penganjur: JK GreenTech
6. Sinopsis: Minyak masak adalah bahan kegunaan harian yang akan menjadi salah satu penyumbang kepada pencemaran alam sekitar sekiranya tidak dikendalikan dengan baik. Minyak masak terpakai biasanya boleh dikitar semula dan salah satu cara ialah dengan memprosesnya untuk dijadikan sabun. Bengkel ini dianjurkan sebagai kursus praktikal kaedah home-made penghasilan sabun buku dan sabun cecair yang boleh dimanfaatkan dari minyak masak terpakai. Kebanyakkan bahan dan alatan yang digunakan adalah barang-barang yang biasa ada dapur. Setiap peserta telah berjaya menghasilkan sabun-sabun dengan pelbagai warna dan wangian mengikut kesukaan masing-masing untuk dibawa balik.
by Alifudin Sensei




.jpeg)








.jpeg)


.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)



.jpeg)

.jpeg)


.jpeg)


.jpeg)




.jpeg)

.jpeg)



