Thursday, November 23, 2023

Minggu Kerjaya & Aktiviti JD 2023

 




















1. Nama Program: Minggu Kerjaya & Aktiviti 2023

2. Tarikh :  14-16 November 2023

3. Tempat: Mara-Japan Industrial Institute (MJII)

4. Sinopsis/keterangan:  Pada 14-16 November 2023, Minggu Kerjaya & Aktiviti bagi sesi Jul-Dis 2023 dengan kerjasama JK KPG & Kerjaya, JK Promosi & Pameran, JK HIPP, JK CSR, JK Teknologi Hijau, JK Sukan, JK IBU, MPP, Kelab Kebudayaan Jepun kelab-kelab lain di Mjii telah dijalankan dengan penglibatan semua pelajar dan komuniti sekitar MJII. Pelbagai aktiviti dan program direncanakan antaranya Bengkel Pembuatan Rak Tanaman & Bengkel Pembuatan Sabun daripada Minyak Masak Terpakai,  Hiragana/Katakana  Interactive Chart Design Competition, Japanese  Working Culture Talk, Darumsan Game, MJII Open day & Taklimat- taklimat daripada pelbagai Institut Pendidikan Tinggi, Gerai-gerai jualan pelajar dan banyak lagi. Selain itu, bagi menyokong budaya sihat dikalangan pelajar dan staff MJII, Senamrobik, Pertandingan Bola Sepak Penalti, Jaringan Bola Jaring dikawasan D dan Petanque Tournament turut  dijalankan. Program-program yang dijalankan bukan sahaja memberi impak positif kepada pelajar bahkan mencungkil bakat dan potensi pelajar. Penutup Minggu Kerjaya & Aktiviti diakhiri dengan Majlis Penyampaian Hadiah pada hari terakhir program


#MJIIOpenday

#FitMalaysia

#HSN2023

by Sensei Khairunisa

Saturday, November 18, 2023

MJII Innovation Project Expo (MIPE) 2/2023 - JD 2023

 









1. Nama program: MJII Innovation Project Expo (MIPE) 2/2023

2. Tarikh : 1 November 2023 (Rabu)

3. Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang

4. Tempat : Dewan Hyogo

5. Penganjur : JK Penerbitan & JKPTA dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

6. Keterangan Program:


MJII Innovation Project Expo (MIPE) merupakan satu pertandingan inovasi yang menekankan FYP-Based Innovation Competition yang menyasarkan penyertaan daripada pelajar-pelajar Semester 5 . MIPE siri 2 bagi tahun 2023 telah diadakan pada 1 November lalu dan telah memperkenalkan 30 projek yang kreatif dan menarik. MIPE juga merupakan satu platform bagi pelajar mempamerkan serta memperkenalkan ciptaan inovasi atau idea-idea baharu kepada umum. 


Terdapat 15 projek yang memenangi pingat Emas, Perak dan Gangsa. Selain itu terdapat 3 projek yang memenangi 3 anugerah utama iaitu:


Best Innovation Award :

Muhammad Hazeem bin Mohd Nazri: RA2319- PRICE INDICATOR FRID TROLLEY USING ARDUINO MEGA 2560 PRO MINI WITH LCD

Best Video Award:

Khuzair Al-Hakim bin Abdullah: MA2313- BOOKING SYSTEM FOR LIBRARY’S ROOM FACILITIES USING ESP8266 VIA PHP AND MYSQL WITH RFID KEY

Director’s Choice Award:

Mohamad Naqiuddin bin Yusrizan: EA2304- FLASH FLOOD MONITOR AND ALERT SYSTEM USING ESP32 CAM WITH WIFI BUILD IN AND WATERPROOF ULTRASONIC SENSOR


Terdapat 3 panel industri luar dan 3 panel dalaman IPMa yang dilantik khas mengadili pertandingan ini. Program ini mendapat respon yang positif daripada pengadil dan disarankan ianya perlu diteruskan. Semoga MIPE dapat memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar sekaligus memberikan pengiktirafan dan pendedahan kepada para pelajar untuk menyertai pertandingan inovasi yang lebih tinggi.

by Juliana sensei

Friday, November 17, 2023

Wacana Inovasi 2023

 










1. Nama program: Wacana Inovasi 2023 

2. Tarikh : 15 November 2023

3. Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

4. Tempat : Tingkat 24, Ibu pejabat MARA

5. Penganjur : Bahagian Inovasi Teknologi Kreatif (BITK)

6. Keterangan Program : Pihak MJII telah memperolehi 2 geran dana penyelidikan inovasi mara pada tahun 2022 (DPIM 2022) dari BITK. Geran tersebut adalah 1 Dana Penyelidikan " key management system using rfid and mobile apps" dan 1 Dana pengkomersialan "smart parking barrier for disabled person by using  arduino android system". Wakil MJII telah membentangkan hasil dapatan dana mereka di majlis tersebut. Segala kajian dan hasil projek juga telah diserahkan kepada pihak MARA. Diharapkan hasil kajian ini dapat memberi impak kepada MARA khasnya dan masyarakat amnya.

by Azrul sensei

PERKONGSIAN PAKAR INDUSTRI (PKI) SEMPENA VI-TALKFEST & PROJECTS EVALUATION (VI-TPE) BAGI JABATAN PENGUKURAN ELEKTRONIK DAN KAWALAN (DKC)

 









1. Nama program: PERKONGSIAN PAKAR INDUSTRI (PKI) SEMPENA VI-TALKFEST & PROJECTS EVALUATION (VI-TPE) BAGI JABATAN PENGUKURAN ELEKTRONIK DAN KAWALAN (DKC)


2. Tarikh : 8 November 2023


3. Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang


4. Tempat : Makmal Measurement & Control


5. Penganjur : JABATAN PENGUKURAN ELEKTRONIK DAN KAWALAN (DKC)


6. Keterangan Program :

Perkongsian Pakar Industri merupakan platform perkongsian ilmu di antara pihak industri atau individu yang diiktiraf dengan pengajar dan pelajar.Pada tahun ini slot Perkongsian Pakar Industri (PKI) bagi Program Diploma Pengukuran Elektronik & Kawalan (DKC) yang dirancang adalah melibatkan Pakar Industri iaitu Puan Nurul Izati bt Mohd Zaki  yang merupakan CEO, Visinergy Sdn Bhd


Antara objektif program ini adalah memberi pendedahan ilmu pengetahuan kepada tenaga pengajar dan pelajar DKC bagi memenuhi keperluan kursus berkaitan Virtual Instrument & Data Acqusition System terhadap perkembangan teknologi terkini (system integration) yang menggunakan perisian LabVIEW. Selain itu, Pn Nurul Izati juga dilantik sebagai panel dari industri untuk pembentangan Mini Project bagi subjek Data Acquisition System dan Virtual Instrument System.


Dalam masa yang sama, pihak DKC juga sangat berbesar hati menerima kehadiran Hj Mohd Shazlan bin Mohd Anwar ,Managing Director Virtual Instrument & System Innovation Sdn Bhd selaku Panel Penasihat Industri yang turut hadir ke program ini bagi memberi semangat dan nasihat kepada pelajar semester 3 dan 4 selain melihat sendiri hasil Mini Project pelajar yang berkaitan dengan LabVIEW.

by Wan Akmar sensei

Thursday, November 9, 2023

PERTANDINGAN AKHIR KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) HORIZON BARU MARA 2023

 




1. Nama aktiviti: PERTANDINGAN AKHIR KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) HORIZON BARU MARA 2023

2. Tarikh:  7-8/11/ 2023

3. Masa : 8.00pg - 5.00ptg

4. Penganjur: BAHAGIAN INOVASI DAN TEKNOLOGI KREATIF MARA

5. Tempat: SECARA DALAM TALIAN DAN MARA KNOWLEDGE CENTRE (MKC)

6. Synopsis/keterangan ringkas:  


MARA Japan Industrial Institute (MJII) telah menghantar satu projek inovasi ke Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baru MARA 2023.

Pembentangan adalah dalam bentuk penghantaran video. 


Keputusan keseluruhan, MJII telah berjaya merangkul dua (2) anugerah, iaitu:


1. ⭐Penarafan 5 bintang kategori KIK Horizon Baru MARA 2023

     dengan Wang Tunai RM1000.00


2. 🥇Tempat Pertama (EMAS) kategori KIK Horizon Baru MARA 2023


Berikut adalah butiran projek:

Nama projek: SISTEM LAPORAN PENCAPAIAN PROGRAM (i-PAR) 

Peserta:

1. Pn. Zalina binti Zulkabli

2. Pn. Fatma Syazana binti Zaini

3. Pn. Nur Amalina binti Zainal

4. Pn. Nor Azrinna binti Muhamad

5. En. Yuraimy Yakimin bin Abdul Talib

6. En. Zaid bin Yaakob


🎊Tahniah diucapkan kepada kumpulan KIK QUARTZ MJII dan semua yang terlibat!🎊

by Fatmab sensei

Program Inisiatif Saringan Kesihatan MJII 2023

 










1. Nama program: Program Inisiatif Saringan Kesihatan MJII

2. Tarikh : 3 November 2023

3. Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari

4. Tempat : Wasenta, MJII

5. Penganjur : Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) MJII & Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat.


6. Keterangan Program :

Program inisiatif saringan kesihatan diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran dikalangan pelajar dan staf mjii berkaitan kepentingan untuk melaksanakan ujian kesihatan secara berkala.

Program ini melibatkan sesi saringan kesihatan melibatkan semua staf dan juga pelajar bermula jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi di wasenta dan seterusnya sesi taklimat berkaitan kepentingan pengurusan emosi yang bertajuk berkenalan dengan perasaan yang disampaikan oleh kaunselor Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat pada jam 11.00 pg hingga 12.00 tengahari bertempat di surau Riyadussolihin MJII.

by Kj Azhar

Tuesday, November 7, 2023

CSR Jabatan DKS - Bengkel Asas Robotik menggunakan Arduino

 














1. Nama program: CSR Jabatan DKS - Bengkel Asas Robotik menggunakan Arduino

2. Tarikh : 4 November 2023

3. Masa : 8.00 pagi - 14.00 petang

4. Tempat : Exam Hall 2, MJII

5. Penganjur : Jabatan DKS dan Pelajar kesatria sem 1 dan sem 2.

6. Keterangan Program :

Satu Bengkel mengajar pelajar-pelajar sekolah rendah tentang asas membina robot telah diadakan. Seramai 15 orang pelajar Sekolah Rendah Agama Intergrasi Beranang telah hadir.


Pelajar-pelajar ini diajar menggunakan pengaturcaraan Sketch yang berasaskan C Programming bagi memprogramkan Arduino dan Motor Driver. Pergerakkan robot tersebut adalah menggunakan Wireless PS2 Controller.

by Jaa sensei