Wednesday, April 12, 2023

Innovation, Invention & Entrepreneurship Carnival (IIEC) 2023

 







1. Nama aktiviti: Innovation, Invention & Entrepreneurship Carnival (IIEC) 2023

2. Tarikh:  12 April 2023

3. Masa : 10 pagi

4. Penganjur: Kolej MARA Kuala Nerang, KMKN

5. Tempat: Penstriman secara langsung di youtube rasmi KMKN (Official KMKN By BPMK)

6. Synopsis/keterangan ringkas:  MJII menghantar 2 penyertaan Pertandingan Innovation, Invention & Entrepreneurship Carnival (IIEC) 2023 bagi mengekalkan momentum Inovasi di kalangan pelajar & penyarah di MJII. Pelbagai institusi pendidikan dan sekolah dalam negeri yang menyertainya antaranya, Kolej MARA, Kolej Profesional MARA, IPMA ,Kolej Vokasional (KV), Kolej Poly-Tech MARA dan juga sekolah-sekolah.


Kategori yang disertai adalah seperti berikut;

1.  Innovation Project (Product) - Judging is based on YouTube presentation.


Keputusan keseluruhan adalah seperti berikut ; 


*IIEC GOLD AWARD - 

IOT BABY LIFE-SAVING CAR SEAT ALARM SYSTEM WITH GPS TRACKER USING NODE MCU ESP8266*

Team Members:

Muhamad Yusuf Bin Zulkefly (SV)

Mohd Amyrul Bin Ardin 

Muhammad Afiq Danial Bin Sa’arum 

Irtiya Hana Binti Nazirman 

Nur Khalisah NabilaH Binti Zulbaidi


*IIEC SILVER AWARD - 

AUTOMATED CONTROL BARRIER FOR IN/OUT CUSTOMER COUNTER WITH ADJUSTABLE LIMITATION WITH MIT APP INTERFACE USING ESP32*

Team Members:

Muhamad Yusuf Bin Zulkefly (SV)

Irtiya Hana Binti Nazirman 

Nur Khalisah NabilaH Binti Zulbaidi


Tahniah diucapkan kepada pensyarah & pelajar yang terlibat.

by fadzly sensei

Tuesday, April 11, 2023

Lawatan Pengerusi MARA ke MARA-Japan Industrial Institute, Beranang

 















1. Program: Lawatan Pengerusi MARA ke MARA-Japan Industrial Institute, Beranang

2. Tarikh: 11 April 2023 (Selasa)

3. Tempat: Sekitar MJII Beranang

4. Penganjur: BKT/MJII

5. Sinopsis:

Satu lawatan dari Pengerusi MARA iaitu YBhg. Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki serta rombongan telah berlangsung pada 11/04/2023 pada jam 11:00 am - 12:45 pm. Lawatan Pengerusi MARA ini di iringi oleh Pengarah BKT Ir. Hj Nuriman bin Yusop, Timbalan Pengarah CPLA BKT En Mohd Hazlen Ramli, Setiausaha Majlis MARA En Khairil Anuar serta beberapa orang staf dari BKT, SUM dan BKOM. Delegasi telah di sambut meriah dengan persembahan Gendang Jepun dan sesi penerangan Inovasi di Narita Gallery. Taklimat dan perbincangan Pengurusan MJII yang diketuai oleh Pn. Aznira Abdullah (TPHEA) bersama Pengerusi MARA juga diadakan. Sesi lawatan diakhiri dengan lawatan ke beberapa makmal seperti Makmal SCADA, Makmal Robotik dan Makmal Cleanroom. Semoga lawatan pengerusi MARA ini dapat memberi impak positif kepada MJII.

by Kj Iswandy

Wednesday, April 5, 2023

Perbincangan bersama KNX Skill Development Centre

 










1. Program: Perbincangan bersama KNX Skill Development Centre

2. Tarikh: 5 April 2023

3. Tempat: Bilik Sendai

4. Penganjur: DKE

5. Sinopsis:

Perbincangan ini adalah susulan daripada lawatan MJII ke KNX Center bagi menghantar pensyarah mengikuti kursus KNX Basic Certification selain kerjasama untuk mewujudkan KNX Academy di MJII pada masa akan datang. Pensyarah terlibat akan melalui beberapa fasa latihan sebelum layak mengajar dan mengeluarkan sijil KNX yang diiktiraf oleh industri kepada para pelajar di MJII sebagai nilai tambah sijil Diploma setelah mereka tamat pengajian.

by Alifudin sensei

Friday, March 31, 2023

Bengkel pemurnian kertas kajian bersama UniKL BMI

 













1. Nama Program: Bengkel pemurnian kertas kajian bersama UniKL BMI

2. Tarikh : 29 Mac 2023 

3. Tempat: Bilik Okinawa, MJII

4. Penganjur: JK Kajian.

4. Sinopsis/keterangan:

Bengkel pemurnian kertas kajian bersama pihak UniKL BMI bertujuan untuk mempersiapkan beberapa kertas kajian yang telah dihasilkan oleh para pensyarah MJII khususnya di Jabatan DKR,DKC dan DKM untuk dibentangkan di 4th International Conference on Engineering Technology and Technopreneurship(ICE2T) Conference pada bulan Ogos 2023. Perkongsian daripada pihak UniKL BMI yang diketuai oleh Prof Madya Dr Zuhanis Mansor, Ts Dr Izanoordiana Ahmad, Dr Siti Marwangi dan Dr Faezah telah banyak membantu dalam merangka draf kertas conference bagi tujuan penerbitan dan pembentangan nanti. Hasil perkongsian teknik penulisan kertas kajian ini diharap dapat membantu para pensyarah MJII dalam menghasilkan kertas kajian pada masa akan datang. Terima kasih kepada semua pensyarah yang terlibat dan turut serta dalam bengkel yang telah dijalankan ini.

by Norizam sensei

Thursday, March 30, 2023

Perasmian Pusat Kitar Semula MJII (Pusat 3R)

 












1. Nama Program: Perasmian Pusat Kitar Semula MJII (Pusat 3R)

2. Tarikh : 14-17 Mac 2023 

3. Tempat: Pusat Kitar Semula MJII

4. Penganjur: JK Teknologi Hijau dan MPP.

4. Sinopsis/keterangan:

Pusat Kitar Semula MJII ini diwujudkan bagi menambahbaik sistem pengumpulan barang kitar semula di MJII bukan sahaja untuk kegunaan kontraktor pembersihan, malah pelajar, staf, penduduk kuarter dan komuniti setempat turut boleh membuat pengasingan barang-barang dan diletakkan di Pusat 3R ini. Langkah ini merupakan salah satu inisiatif Greening TVET menuju ke arah Kampus Rendah Karbon (Low Carbon Campus) menjelang tahun 2026. Bekas rumah sampah ini telah dibaikpulih dan ditukar imejnya kepada Pusat 3R oleh para pelajar MJII melalui MPP dengan mempamerkan situasi bersih dan ceria sebagai simbolik kepada fungsinya untuk menggalakkan aktiviti kitar semula demi menjaga kelestarian alam sekitar. Pusat Kitar Semula MJII ini telah dirasmikan oleh Pengarah MJII, Pn. Hjh Zarinah binti Idrus.

by Alifudin sensei