Tuesday, April 11, 2023

Lawatan Pengerusi MARA ke MARA-Japan Industrial Institute, Beranang

 















1. Program: Lawatan Pengerusi MARA ke MARA-Japan Industrial Institute, Beranang

2. Tarikh: 11 April 2023 (Selasa)

3. Tempat: Sekitar MJII Beranang

4. Penganjur: BKT/MJII

5. Sinopsis:

Satu lawatan dari Pengerusi MARA iaitu YBhg. Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki serta rombongan telah berlangsung pada 11/04/2023 pada jam 11:00 am - 12:45 pm. Lawatan Pengerusi MARA ini di iringi oleh Pengarah BKT Ir. Hj Nuriman bin Yusop, Timbalan Pengarah CPLA BKT En Mohd Hazlen Ramli, Setiausaha Majlis MARA En Khairil Anuar serta beberapa orang staf dari BKT, SUM dan BKOM. Delegasi telah di sambut meriah dengan persembahan Gendang Jepun dan sesi penerangan Inovasi di Narita Gallery. Taklimat dan perbincangan Pengurusan MJII yang diketuai oleh Pn. Aznira Abdullah (TPHEA) bersama Pengerusi MARA juga diadakan. Sesi lawatan diakhiri dengan lawatan ke beberapa makmal seperti Makmal SCADA, Makmal Robotik dan Makmal Cleanroom. Semoga lawatan pengerusi MARA ini dapat memberi impak positif kepada MJII.

by Kj Iswandy

No comments:

Post a Comment