Friday, February 17, 2023

Program Business Model Canvas- Inovasi Idea Perniagaan

 







1. Program : Program Business Model Canvas- Inovasi Idea Perniagaan

2. Tarikh : 17/02/2023

3. Masa : 8.45 pagi - 10.00 pagi

4. Penganjur : Unit Keusahawanan & Industrial Business Unit (IBU)

5. Peserta : Semester 3 & 4

6. Sinopsis/Keterangan : 


Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang konsep Business Model Canvas.


Selain itu, pelajar juga dapat mempelajari kaedah yang terbaik dalam mengaplikasikan BMC dalam perniagaan yang berasaskan elektrik dan elektronik. 


Penceramah untuk program ini adalah Encik Mohd Nur Fairuz iaitu Pengarah Urusan KTE Smart Technologies yang berpengalaman luas dalam bidang keusahawanan teknikal.


Diharap program ini dapat meningkatkan kefahaman pelajar dalam mencetuskan idea perniagaan yang berkesan dan inovatif.

by Huda sensei

Bengkel Penulisan & Penerbitan Bersama CMN Global Consultant Sdn. Bhd.

 








1. Program : Bengkel Penulisan & Penerbitan Bersama CMN Global Consultant Sdn. Bhd.

2. Tarikh : 9/02/2023 (Khamis)

3. Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang

4. Tempat: Bilik Yushu Nerai 

4. Penganjur : Jawatankuasa Penerbitan Bahan Pembelajaran

5. Peserta : 13 orang pensyarah

6. Sinopsis/Keterangan :


Satu bengkel penulisan dan penerbitan bersama CMN Global Consultant Sdn. Bhd. telah diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada pensyarah supaya menulis modul sendiri. Pensyarah juga diberi ilmu pengetahuan menggunakan aplikasi yang sesuai untuk merekabentuk kulit modul, dan membuat video pembelajaran yang menarik. Pelbagai kaedah dan teknik yang dikongsikan oleh penceramah dan fasilitator yang berpengalaman dalam penulisan dan penerbitan modul.  Selain itu, pensyarah juga berpeluang untuk membuat live di media sosial masing-masing semasa bengkel sedang berlangsung. Pensyarah digalakkan berkongsi bahan pembelajaran yang kreatif dan inovatif di media sosial sama ada dalam bentuk e-book, video ataupun live untuk menarik  minat pelajar untuk belajar. Semoga bengkel ini dapat membantu ramai lagi pensyarah MJII menulis dan menerbitkan modul dengan baik.

by Juliana Sensei

Wednesday, February 15, 2023

Majlis Perpisahan Encik Saipol Chargeman dan Sensei Fauzie DKC

 





Rabu, 15 Feb 2023.... setelah berkhidmat selama 14 tahun di MJII mereka berdua menginggalkan MJII. Abg Saipol ke PMN Pahang di Kuantan dan sensei Fauzie mengambil cuti tanpa gaji dan seterusnya mengambil pencen pilihan untuk menumpukan diri kepda bisnes keluarga di JB.

Saturday, February 11, 2023

Pertandingan Ragbi Mini Arc Knight 10's

 






1. Program : Pertandingan Ragbi Mini Arc Knight 10's
2. Tarikh : 28 Januari 2023
3. Masa : 9.00 am–6.00 pm
4. Penganjur : Arc Knight Rugby Club
5. Sinopsis/Keterangan :
Pelajar MJII telah menyertai pertandingan ragbi jemputan tertutup yang disertai oleh 11 pasukan dalam Daerah Hulu Langat. Pasukan Ragbi MJII telah berjaya menjuarai pertandingan tersebut dengan menewaskan pencabar yang lebih berpengalaman. Pertandingan ini berjaya mencungkil bakat baru dari kalangan pelajar MJII untuk diketengahkan di peringkat yang lebih tinggi. Syabas diucapkan kepada pemain ragbi MJII.

by Radzi sensei


Wednesday, February 8, 2023

Rakaman Video Korporat Jabatan Bersama Pihak Bahagian Inovasi dan Teknologi Kreatif (BITK)

 





1. Program : Rakaman Video Korporat Jabatan Bersama Pihak Bahagian Inovasi dan Teknologi Kreatif (BITK)

2. Tarikh : 7 Februari 2023

3. Masa : 9.00 am–6.00 pm

4. Penganjur : JK Rakan Media TVET MARA dengan kerjasama BITK

5. Sinopsis/Keterangan :

JK Rakan Media TVET MARA dengan kerjasama pihak BITK telah menjalankan sesi rakaman bertujuan mendapatkan dan mengumpulkan bahan seperti gambar dan video pendek bagi membangun video korporat jabatan. Antara tempat/makmal/aktiviti di MJII yang termasuk dalam sesi rakaman ialah Welcoming Robot, Cleanroom, Smart Classroom, Drone, SCADA, MikroTik Academy, dan Kesatria. MJII mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak BITK.

by ruziana sensei

Tuesday, January 28, 2020

Lawatan Kerja YB Menteri KPLb ke MJII.

28 Januari 2020... Lawatan Kerja YB Menteri KPLb ke MJII, Datuk Seri Rina Harun bersama Pengarah Bahagian Kemahiran Tuan Haji Mahzan Bin Teh.

Tuesday, January 14, 2020

Audit Dalaman - ISO 2020

13-14hb Januari 2020...Panel terdiri darpada En Alimudin (BKT), En Afif (KKTMPJ) dan En Anuar Mahi (KKTMPJ). Gambar2 dari group what's app..

Saturday, December 28, 2019

House Warming Pengarah MJII..

28hb Disember 2019...dah boleh buat family day kat sini tahun depan...heheheh

Friday, December 13, 2019

Deligasi TVET NEPAL...

13hb Disember 2019...MJII menerima deligasi TVET dari NEPAL..rakan seAPACC..

Friday, August 30, 2019

Perpindahan Kakitangan, En. Azkamal dan Puan Wan Faridah

30hb Ogos 2019, En Azkamal (TPKPHEP) akan berpindah ke Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur. Puan Wan Faridah pula akan berpindah ke KPM Beranang sebagai Pegawai Perhubungan Industri mulai Selasa 3hb September 2019. Minasan..ganbarimasu yo...jgn lupakan kami di MJII...