Blog ini adalah untuk memaparkan aktiviti warga MARA Japan Industrial Institute yang dulu dikenali sebagai Kolej Kemahiran Tinggi MARA Beranang. MJII menempatkan Program Diploma Elektronik, Japan Associate Degree Program dan Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA
Tuesday, August 14, 2012
KKTMB...Kursus Pengendalian Alatan Embedded System
2-9hb Ogos, satu latihan pengendalian alatan terlah diadakan di Bengkel Real Time Operating System KKTM Beranang.
KKTMB...Bengkel 5S hari kedua
14hb Ogos 2012, bengkel 5S telah berjalan untuk hari kedua iaitu sesi taklimat kepada Auditor dan sesi audit di zon-zon terpilih. Seterusnya sasi rumusan audit telah diadakan pada jam 2.00 petang.
Monday, August 13, 2012
KKTMB...Bengkel 5S Persijilan Kali Kedua
13hb Ogos 2012, satu bengkel peningkatan tahap persijilan telah diadakan. KKTMB telah menjemput Encik Mohammad Bin Omar untuk mengendalikan bengkel dan membantu KKTMB untuk memproleh persijilan tahap kedua.
KKTM Beranang...Tag Line...
Saudara Muhammad Fathlullah Bin Ahmad Azam, semester 1 dari kelas Momiji telah dipilih sebagai pemenang pertandingan mencipta Tagline KKTM Beranang. Hadiah telah disampaikan oleh Tuna Pengarah KKTM Beranang pada Majlis Anugerah Pengarah.
Dengan itu, maka telah termaktub Tagline ialah " Start Here, Succeeed Everywhere ".
Friday, August 3, 2012
KKTMB...Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Pengarah
Majlis telah diadakan di Dewan Besar Hyogo dapa 02hb Ogos 2012. Sijil-sijil penghargaan disampaikan oleh Tuan Pengarah KKTMB, Tuan Haji Wan Sabri bin Wan Ismail.
Tuesday, July 24, 2012
Wednesday, July 11, 2012
KKTMB...MARA - OISCA Business Forum
Pada 7 Julai 2012, telah berlangsung satu majlis MARA-OISCA International Business Forum bertempat di Menara MARA, Kuala Lumpur. Program ini telah menjadi platform pertemuan di antara usahawan Bumiputra dan usahawan Jepun bagi mengembangkan perniagaan mereka.
Pada malam tersebut, para pelajar dari KKTM Beranang telah dijemput bagi menyertai Dinner MARA-OISCA Business Forum 2012. Pelajar MARA-OISCA telah membuat persembahan Soran Bushi. Soran Bushi ini ialah satu tarian dari Jepun yang menceritakan tentang kisah nelayan dari pulau Hokkaido.
Pelajar KKTM juga telah dilantik untuk menjadi penyambut tetamu VVIP dengan berpakaian lengkap Yukata.
Sunday, July 8, 2012
KKTMB...Pasukan Robocon 2012 berangkat.
08hb Julai 2012, pasukan Robocon KKTM Beranang diketuai oleh zainal sensei dan Khalid sensei telah berangkat ke KKTM Balik Pulau untuk menjalankan pengujian kepada robot KKTM Beranang.
Mereka seterusnya akan berangkat ke Kuala Terengganu pada Rabu 18hb Julai 2012 untuk pertandingan Robocon 2012 peringkat kebangsaan. Minasan gambarimasu...
Friday, July 6, 2012
KKTMB...MARA Robot Competition 2012
sekadar mengimbau kenangan pertandngan MAROC 2012 di KKTM Balik Pulau yang lalu. KKTM Beranang mendapat tempat kedua. Tahniah...omedetou gozaimashita.
Sunday, July 1, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)







