Tuesday, November 12, 2024

Lawatan Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

 







Nama Aktiviti: Lawatan Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 

Ke Mara-Japan Industrial Institute(MJII)

Tarikh: 24 September 2024 (Selasa)

Masa: 2.30 petang hingga 5.00 petang

Tempat: Bilik Mesyuarat Nara, MJII

Sinopsis/Keterangan Ringkas Aktiviti:

MARA-Japan Industrial Institute (MJII) Beranang berbesar hati menerima kunjungan lawatan delegasi daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang diketuai Y.Bhg. Naib Canselor UTHM, Prof. Dato’ Ir. Ts. Dr. Ruzairi Bin Abdul Rahim ke MJII bagi tujuan untuk melihat peralatan terkini di makmal-makmal MJII dan juga membincangkan potensi kerjasama di antara UTHM dan MJII.

Aktiviti lawatan ini dimulai sesi pembentangan pengenalan MJII kepada deligasi UTHM berserta dengan pengenalan ringkas berkenaan makmal cleanroom di MJII. Seterusnya Y.Bhg. Naib Canselor dibawa ke Galeri Nara bagi melihat pencapaian-pencapaian MJII diiringi oleh Pengarah MJII.

Lawatan di akhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Y.Bhg. Naib Canselor. Semoga hubungan baik di antara MJII dan UTHM berkekalan.

by Najwan sensei

No comments:

Post a Comment