Tuesday, November 12, 2024

Lawatan Industri ke Koa Denko (Malaysia) Sdn Bhd

 







Nama Aktiviti: Lawatan Industri ke Koa Denko (Malaysia) Sdn Bhd 

Tarikh: 25 September 2024 (Rabu)

Masa: 10.30 pagi – 12.30 tengahari

Tempat: Koa Denko (Malaysia) Sdn Bhd, Batu Berendam Melaka.

Sinopsis/Keterangan Ringkas Aktiviti:

Seramai 14 orang ahli pengurusan MJII telah menyertai lawatan ke Syarikat Koa Denko (Malaysia) Sdn Bhd yang terletak di Batu Berendam Melaka. 

Syarikat Koa Denko (Malaysia) Sdn Bhd merupakan kilang pembuatan resistor yang telah beroperasi di Kawasan Perindustrian Batu Berendam, Melaka lebih 50 tahun.

Agenda utama lawatan adalah bagi mengenali lebih lanjut berkenaan syarikat, penempatan pelatih/pekerja dan lain-lain peluang kerjasama yang mana telah dibincangkan semasa sesi perbincangan. Syarikat Koa Denko akan membuka satu lagi cawangan pengeluaran yang akan dijangka akan bermula beroperasi pada tahun 2025.


Seterusnya deligasi MJII telah dibawa masuk ke dalam bahagian pengeluaran bagi melihat sendiri proses pembuatan resister berskala kecil.Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar. 


Semoga hubungan baik di antara MJII dan Koa Denko (Malaysia) Sdn Bhd akan berterusan dengan usahasama yang akan terjalin pada masa akan datang.

by Najwan sensei

No comments:

Post a Comment