Thursday, June 27, 2024

Minggu TVET Peringkat Sekolah Tahun 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Cempaka, Nilai.

 





1. Nama Aktiviti: Minggu TVET Peringkat Sekolah Tahun 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Cempaka, Nilai.

2. Tarikh:  26/06/2024 (Rabu)

3. Tempat: SMK Desa Cempaka, Nilai

4. Petugas:

       - Pn. Norriah Hanni

       - Pn. Nurhana 

5. Sinopsis: Promosi

MJII telah mendapat jemputan dari SMK Desa Cempaka yang menganjurkan Pameran Kerjaya berkongsepkan TVET kepada semua warga sekolah dan memberi pendedaha kepada pelajar berkaitan TVET. Promosi MJII telah membuka booth pameran. Petugas Promosi telah memberi penerangan kepada pelajar dan memperkenalkan TVET serta menyalurkan maklumat mengenai program pengajian yang terdapat di MJII Beranang

by HEP Zamzurina

Tuesday, June 25, 2024

Pameran Dan Taklimat Program Jelajah Pendidikan Luar Bandar Bandar 2024 Negeri Selangor

 






1. Nama Aktiviti: Pameran Dan Taklimat Program Jelajah Pendidikan Luar Bandar Bandar 2024 Negeri Selangor

2. Tarikh:  23 Jun 2024 (Ahad)

3. Tempat: Dewan Feisol Hassan, GMI Bangi

4. Sinopsis: Pejabat MARA Negeri (PMN) Selangor telah melaksanakan Jelajah Pendiddikan Luar 2024 Negeri Selangor dibeberapa buah Daerah bagi tujuan mempromosikan Ekosistem Pendidikan MARA. Promosi MJII telah dijemput untuk membuka booth  pameran dan memberi taklimat serta menyebarluas maklumat peluang pendidikan yang terdapat IPMa dan memperkenalkan TVETMARA serta menyalurkan maklumat mengenai program pengajian yang terdapat di MJII Beranang.

by HEP Zamzurina

Program Ceramah Kerjaya Di Masjid Kariah Kampung Daching Lenggeng, Negeri Sembilan

 




1. Nama Aktiviti: Program Ceramah Kerjaya Di Masjid Kariah Kampung Daching Lenggeng, Negeri Sembilan

2. Tarikh:  22 Jun 2024 (Sabtu)

3. Tempat: Masjid Kariah Kampung Daching, Lenggeng, Negeri Sembilan

4. Sinopsis: Gema 100 Masjid dengan Kerjasama Takaful IKHLAS & IKHLAS Barakah House akan mengadakan Program Ceramah Kerjaya untuk         belia, pelajar lepasan SPM 2023 dan juga kepada pelajar yang akan menduduki SPM bagi tahun 2024. 

Promosi MJII telah dijemput untuk membuka booth                       pameran bagi tujuan memberi penerangan bagi memperkenalkan TVETMARA serta menyalurkan maklumat mengenai program pengajian yang terdapat di MJII Beranang.

by HEP Zamzurina

Thursday, June 20, 2024

Lawatan Benchmarking ETAC dari IKM Bintulu

 





1. Nama aktiviti: Lawatan Benchmarking ETAC dari IKM Bintulu

2. Tarikh: 20 Jun  2024 (Khamis)

3. Tempat: Bilik Mesyuarat Sakura, MJII Beranang

4. Sinopsis: MJII telah menerima kunjungan daripada Ketua Jabatan Elektrik, IKM Bintulu, iaitu Encik Rushdi bin Abd Aziz. Lawatan benchmarking ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang kaedah penyediaan dokumen SAR, Gap Analysis, pelaksanaan CQI, PAR, DKDPNA dan lain-lain di MJII. Turut hadir dalam perbincangan adalah TPHEA, Penyelaras ETAC serta ketua audit dan s/u ETAC MJII. Semoga perkongsian ini memberi impak positif kepada kedua belah pihak.

by Sensei Nurhana

Thursday, June 13, 2024

JELAJAH PENDIDIKAN LUAR BANDAR 2024 NEGERI SELANGOR

 







1. PROGRAM :    JELAJAH PENDIDIKAN LUAR BANDAR 2024 NEGERI SELANGOR

2. TARIKH : 08 JUN 202

3. TEMPAT : KIPP MALL KOTA WARISAN, SEPANG

4. PENGANJUR MARA NEGERI SELANGOR

5. PENGLIBATAN : 2 ORANG PETUGAS PROMOSI

                                                     PN. NOOR AZWANI BIN ZAKARIA

                                                     CIK FADZLIANI BT KUSIN

6. SIPNOSIS :

Jelajah Pendiddikan Luar Bandar 2024 Negeri Selangor adalah anjuran PMN Selangor. Program ini bertujuan untuk mempromosikan Ekosistem Pendidikan MARA serta menyampaikan maklumat berkaitan peluang peluang pendidikan kepada masyarakat luar bandar di negeri Selangor. Dua orang Pegawai Promosi telah ditugaskan untuk menjaga booth pameran dan memberi taklimat bagi memperkenalkan TVETMARA serta menyalurkan maklumat mengenai program pengajian yang terdapat di MJII Beranang.

by HEP Puan Zamzurina

HARI TVET NEGARA 2024 ANJURAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

 






1. NAMA AKTIVITI  :  HARI TVET NEGARA 2024 ANJURAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

2. TARIKH    : 06 – 08 JUN 2024

3. TEMPAT    : ILP KUALA LANGAT BANTING SELANGOR

4. PENGLIBATAN    :  5 ORANG PENSYARAH 

5. SINOPSIS: 

Program ini di bawah anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi bagi tujuan untuk mewujudkan kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai dasar, inisiatif dan bidang TVET yang ditawarkan di Malaysia di mana Sambutan Hari TVET Negara 2024 adalah merupakan salah satu daripada elemen promosi dan publisiti. Petugas Promosi MJII bertugas  di booth pameran dan memberi taklimat bagi memperkenalkan TVETMARA serta menyalurkan maklumat mengenai program pengajian yang terdapat di MJII Beranang.

by HEP Puan Zamzurina

PROGRAM GOTONG ROYONG ASRAMA MJII 2024

 





1. Nama aktiviti:  PROGRAM GOTONG ROYONG ASRAMA MJII 2024

2. Tarikh: 23 Mei 2024 (Khamis)

3. Tempat: Asrama MJII dan kawasan sekitar

4. Penglibatan:  Semua Pelajar, staf MJII yang terlibat dan pegawai PKD

5. Sinopsis: 

Semua pelajar MJIII, staf MJII yang terlibat dan 7 orang pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat telah mengadakan aktiviti gotong royong bagi Asrama MJII dan Kawasan sekitar. Program gotong royong ini bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 12 tengah hari. Program ini bertujuan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes seterusnya dapat membanteras kes demam denggi, menjadikan kawasan persekitaran asrama yang kemas dan selesa dan akhir sekali dapat mengukuhkan kerjasama diantara MJII Beranang dan PKD Hulu Langat. Terdapat beberapa cadangan dan teguran daripada pihak PKD yang boleh ditambah baik dalam menghapus tempat pembiakan nyamuk Aedes. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa hadapan.

by sensei Syaaban

Taklimat Kaunseling Kerjaya Melalui E-Potensi di Program Jelajah Karnival Pendidikan MARA

 







1. Nama Program:  Taklimat Kaunseling Kerjaya Melalui E-Potensi di Program Jelajah Karnival Pendidikan MARA 

2. Pegawai  : Puan Tengku Noorhidayati bt Tengku Mohamed (Kaunselor MJII Beranang) dan Encik Muhammad Farid bin Sulaiman   (Kaunselor MRSM Sungai Besar)

3. Tarikh/Hari : 28 Mei 2024/ Selasa

4. Masa : 10.00 - 4.00 petang.

5. Tempat: UTC Anggerik Mall, Selangor

6. Penganjur :  MARA Negeri Selangor


Kaunseling Kerjaya e-POTENSI bertujuan membantu pelajar lepasan SPM atau yang sedang mengikuti pengajian di pelbagai institusi pendidikan membuat pemilihan kerjaya yang tepat berkaitan program pengajian bagi peringkat tertiari. 


Tujuan kaunseling kerjaya E-POTENSI ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti pelajar mengikut kelompok kerjaya berdasarkan trait personaliti, minat, kebolehan dan kecekapan. Pelajar akan diberikan peluang untuk menguji personaliti dengan menjalani e-POTENSI ini. 


Selain membantu bagi mendedahkan pelajar untuk mengukur kencenderungan dan mengenalpasti minat individu, instrumen ini juga membolehkan pelajar meneroka dan memilih prospek kerjaya untuk diceburi yang sesuai dengan program dan bidang pengajian yang terdapat di IPMA.

by Kaunselor Yati


Promosi sempena karnival hal ehwal murid 2024

 


Rabu, 12 Jun 2024... Promosi sempena karnival hal ehwal murid 2024 di sekolah menegah khir johari beranang.jom masuk mjii

Talk kerjaya dan promosi MJII bersama pelajar SPM 2024 MRSM Terendak dan MRSM TGB

 






Selasa, 11 Jun 2024...... Talk kerjaya dan promosi MJII bersama pelajar SPM 2024 MRSM Terendak dan MRSM TGB.

1. Nama Program:  Taklimat Promosi dan Slot Motivasi

2. Penceramah : Puan Tengku Noorhidayati bt Tengku Mohamed (Kaunselor MJII Beranang)

3. Tarikh/Hari : 10 Jun 2024/ Isnin

4. Masa : 3.30 - 4.30 petang.

5. Tempat: MJII

6. Penganjur : Guru Seni Reka Cipta MRSM dengan kerjasama Unit Kaunseling dan Bimbingan MJII Beranang.

7. Sasaran : melibatkan 30 orang pelajar tingkatan 5 MRSM TGB dan Terendak 


Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi suntikan motivasi sempena peperiksaan SPM yang bakal menjelang tiba pada bulan Oktober nanti. Selain itu, program taklimat MJII dan program TVET  juga diketengahkan untuk memberi pendedahan awal kepada bakal pelajar-pelajar untuk program pengajian peringkat diploma yang ditawarkan  dan peluang pengajian di bawah program TVET MARA dan institusi yang ada di bawah IPMA. 


Taklimat ini melibatkan lebih kurang seramai 30 pelajar tingkatan 5 MRSM  yang menghadiri program  Bengkel KRSV bersama guru seni MRSM yang bertempat di MJII. 


Diharapkan dengan perkongsian taklimat dan slot motivasi ini dapat membantu meningkatkan lagi semangat belajar di kalangam pelajar tingkatan 5 MRSM Terendak dan MRSM Tun Ghaffar Baba untuk terus berusaha dengan cemerlang dalam bidang akademik. Seterusnya, memilih laluan kerjaya yang tepat serta menyambung pendidikan peringkat diploma dan ijazah di dalam program pelajar cemerlang mahupun Institusi Pendidikan MARA sebagai pilihan utama mereka.

by kaunselor hidayati

Monday, June 10, 2024

Info MJII.... Aktiviti Promosi Jun 2024

 


Jelajah Pendidikan Luar Bandar MARA 2024 @ Kip Mall

8 Jun 2024 : Sabtu Sepang Selangor.

Program Jelajah Pendidikan Luar Bandar telah diadakan di Kip Mall Kota Warisan.


Institusi Pendidikan MARA yang turut serta Universiti Kuala Lumpur,GMI,UPTM,

KM,KPM,KKTM,Giat MARA,MJII dan KPTM.


Kehadiran Peserta seramai hampir 500 orang termasuk pelajar-pelajar SPM 2023 dari Pusat Pengajian  Miinda Al Azkiyah Sepang seramai 20 orang serta Anak - anak Persatuan Penduduk Taman Bunga Raya seramai 35 orang.


Sesi taklimat kemasukan ke IPMA telah mendapat sambutan dari pengunjung yang hadir .

"Penerangan yang jelas  memberi peluang kepada pelajar mendapatkan pinjaman pelajaran dan lain - lain kemudahan amat bermakna kepada ibu bapa yang memerlukan dan sangat membantu" kata seorang bapa pelajar yang turut serta mendengar taklimat yang disampaikan.


Turut hadir :

Yang Berusaha

Dr Ahmad Sabri bin Kassim.

Pengarah MARA Negeri Selangor.

 En Ahmad Firdaus bin Rozali

Ketua Unit PUSMA Negeri Selangor.

Puan Norliah binti Khalid

STO Negeri Selangor.


JPLB kali ini juga mendapat perhatian  dari Yang Berbahagia Dato ngadenin Musa Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sepang yang turut menyempurnakan "Walkabout" ke Reruai IPMA.


Program selesai pada pukul 4.00 Petang.

by Puan Zam HEP



Info MJII.... Aktiviti Promosi MJII utk SPM 2023

 





Aktiviti Jun 2024... Aktiviti Promosi sempena Keputusan SPM 2023