Saturday, July 6, 2013

MJII...Kursus Antenna Analyzer

Pada 01 - 04hb Julai 2013, telah berlangsung satu kursus pengendalian alatan Antenna Analyzer di Makmal Radio Frequency. Kursus dihadiri oleh kakitangan Jabatan Data Komunikasi serta 2 orang tenaga pengajar Jabatan Elektronik Komunikasi IKM Johor Bahru.

Majlis Perpisahan Puan Hajah Halimaton dan Puan Rokiah

MJII akan kehilangan 2 orang lagi kakitangan akademiknya iaitu Puan Hajah Halimaton Dewa dan Puan Rokiah Endut yang akan berpindah tempat kerja. Puan Hajah Halimaton (Ketua Jabatan Robotik dan Automasi) akan berpindah ke KKTM Petaling Jaya dan Puan Rokiah Endut akan berpindah ke KKTM Kuantan kerana kenaikan pangkat. Tahniah kepada mereka berdua dan semoga lebih berjaya di tempat baru. Mina san ganbatte kudasai.

Friday, July 5, 2013

Wednesday, July 3, 2013

MJII...Izaddin di World Skill Competition

Saudara Izaddin dan Jurulatih pasukan Malaysia Sifu Ismail Adam, sedang membuat persiapan pertandingan. Dipetik dari FB Ibnu Hisyam BKT

Sunday, June 30, 2013

MJII...Majlis Perpisahan Hiza sensei

28hb Jun 2013, satu majlis perpisahan Hiza sensei telah diadakan. Hiza sensei telah berkhidmat di MJII lebih kurang 5 tahun dan beliau akan berpindah ke KKTM Kuantan mulai 1 Julai 2013. Semoga beliau akan lebih berjaya di tempat baharu nanti.

MJII...Sharing Knowledge bersama Nippo (M) Sdn Bhd

28hb Jun 2013, MJII bertuah kerana dapat bersama Mr. Iwama Yasushi iaitu Managing Director Nippo (M) Sdn Bhd untuk berkongsi pengalaman dan ilmu.

MJII...Sharing Knowledge bersama Nippo (M) Sdn Bhd

MJII...Bersama Senpai yang Menyambung Pengajian di Luar Negara

Salah satu sesi yang menarik ialah sesi perkongsian pengalaman dan motivasi oleh senpai-senpai MJII yang sedang dan akan menyambung pelajaran di luar negara. Mereka berada di Malaysia kerana sedang bercuti musim panas.