Wednesday, March 15, 2023

Oosuji Perdana 5S

 









1. Program : 

Oosuji Perdana 

2. Tarikh : 10/03/2023

3. Masa : 8.30 pagi - 10.00 pagi.

4. Penganjur : Jawatankuasa QE/5S MJII

6. Sinopsis/Keterangan : 


Program Oosuji dijalankan kali ini adalah sebagai persediaan menghadapi audit pensijilan QE/5S di MJII yang akan diadakan pada 30 Mei 2023. Selain itu, ia juga dijalankan untuk terus memupuk kesedaran amalan 5S dikalangan pelajar dan staf.

Semua zon terlibat iaitu Zon Jabatan, Akademik, Riadah, Bilik Pensyarah dan Asrama.

Gemba bersama Timbalan Pengarah KPHP juga dijalankan di asrama untuk memastikan program gotong royong di asrama berjalan lancar.

by Huda sensei

Friday, March 10, 2023

Kursus Penulisan Kertas Kerja

 






1. Program : 

Kursus Penulisan Kertas Kerja

2. Tarikh : 6/03/2023

3. Masa : 9:00 malam - 11:00 malam

4. Penganjur : Majlis Perwakilan Pelajar MJII

5. Penceramah : Hjh Zarinah bt Idrus

6. Sinopsis/Keterangan : 

Kelas ini diberi kepada para pelajar yang terdiri daripada MPP, Pengerusi dan Setiausaha Kelab, serta pelajar-pelajar yg berminat. Pendedahan kepada penulisan kertas kerja mengikut format MARA diberi untuk memastikan kertas kerja yg dihasilkan berkualiti disamping meningkatkan kemahiran penulisan dikalangan bakal-bakal pemimpin akan datang.

by Hjh Zarinah

Tuesday, March 7, 2023

Kursus Asas Pengekodan Menggunakan Edu:bit

 








1. Program : Kursus Asas Pengekodan Menggunakan Edu:bit

2. Tarikh : 4/03/2023

3. Masa : 9:00 pagi - 12:00 tghr

4. Penganjur : Jawatankuasa PSH, Jabatan Electronics Measurement & Control dan CSR Kesatria MJII

5. Peserta : 11 Orang ( Darjah 4 - Tingkatan 2)

6. Sinopsis/Keterangan : 

Program ini diadakan sempena cuti sekolah untuk memberi pendedahan serta  pengetahuan dalam bidang elektronik kepada murid-murid sekolah. Murid-murid ini didedahkan dengan asas pengekodan menggunakan  ‘microbit’ . Kaedah pengajaran yang digunakan ialah 'Play & Learn' . Program ini melibatkan seorang staf dan 11 orang pelajar. Diharapkan para peserta dapat meningkatkan ilmu pengetahuan pengekodan , menarik minat mereka dalam bidang elektronik serta pengetahuan yang mereka perolehi  dapat dimanfaat  di masa akan datang.

by Ismail sensei

Saturday, March 4, 2023

Entrepreneur Mind - Dropship & Affiliate (Real Life Business Application)

 









1. Program : Entrepreneur Mind - Dropship & Affiliate (Real Life Business Application)

2. Tarikh : 3/03/2023

3. Masa : 8.45 pagi - 10.00 pagi

4. Penganjur : Unit Keusahawanan & Industrial Business Unit (IBU)

5. Peserta : Semester 3 & 4

6. Sinopsis/Keterangan : 


Program ini terbahagi kepada 2 sesi iaitu Perkongsian daripada usahawan alumni dan Peoplelogy Sdn Bhd. Sesi perkongsian adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang konsep Dropship dan Affiliate.


Selain itu, pelajar juga dapat mempelajari kaedah yang terbaik dalam pengiklanan di media sosial seperti instagram dan tiktok ads.


Perkongsian ini disampaikan oleh Usawahan alumni Muhammad Anas Rahim (AG Mobile Sdn Bhd) dan daripada Peoplelogy (Mdm Lynn Lim).


Diharap program ini dapat meningkatkan minat pelajar dalam mencetuskan idea perniagaan atas talian seperti Dropship dan Affiliate.

by Huda sensei dah Hazwan sensei

Slot Kouza: Penambahbaikan Berterusan Menggunakan Pendekatan Lean

 







1. Program : Slot Kouza: Penambahbaikan Berterusan Menggunakan Pendekatan Lean

2. Tarikh : 3/3/2023

3. Masa : 8.30 - 10.00 pagi

4. Penganjur : JK Pengurusan Lean & JK Kouza

5. Peserta : Pelajar semester 1, 2 dan 5

6. Sinopsis/Keterangan : Taklimat telah disampaikan oleh Puan Nur Amalina binti Zainal bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan Prinsip  Lean, Prinsip 3M (Muda, Mura, Murid) serta jenis pembaziran dalam sektor perkhidmatan dan perkilangan. Pelajar turut didedahkan dengan alatan QC yang biasa digunakan dalam Lean seperti Visual State Mapping (VSM) , Ishikawa diagram, Tree Diagram dan lain-lain.

by Fatma sensei

Friday, March 3, 2023

Bengkel Verifikasi dan Pembangunan Soalan Peperiksaan Akhir / Penilaian Teori Berasaskan DK,DP & NA

 







1. Nama Aktiviti:  Bengkel Verifikasi dan Pembangunan Soalan Peperiksaan Akhir / Penilaian Teori Berasaskan DK,DP & NA

2. Tarikh: 1 Mac 2023 (Rabu)

3. Masa: 10:00 pagi - 5:00 Petang

4. Penglibatan : Semua Pensyarah MJII

5. Anjuran : JK Akademik MJII

6. Synopsis/keterangan ringkas:

Bengkel Verifikasi dan Pembangunan Soalan Peperiksaan Akhir / Penilaian Teori Berasaskan DK,DP & NA bertujuan untuk memberi pendedahan kepada asas pembinaan soalan yang berkualiti dan memantapkan lagi kefahaman serta pengetahuan pensyarah-pensyarah MJII dalam pembinaan soalan penilaian berasaskan kepada DK, DP & NA. Para pensyarah juga diberi pendedahan bagaimana mapping setiap subjek dilakukan dengan lebih jelas dan bagaimana setiap soalan dibangunkan mengikut mapping yang telah dibuat. Bengkel ini dijalankan di Perpustakaan Shizuoka dan penceramah adalah Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Khairil bin Rahmat dari Unikl kampus cawangan British Malaysian Institute.

by Fahami sensei

Program : Majlis Bacaan Yasin Sempena Hari MARA ke 57

 







1. Program : Majlis Bacaan Yasin Sempena Hari MARA ke 27

2. Tarikh : 3/3/2023

3. Masa : 8.00-8.30 am

4. Penganjur : MJI & Rakan Musolla

5. Peserta : Semua Pelajar & Staf

6. Sinopsis/Keterangan : 

Tentatif :

- 7.55 : Pelajar berkumpul n ambil kehadiran

8.00 : zikir munajat

8.08  : Bacaan Yasin

            Doa

8.30  : Bersurai

by Puan Huda Kewangan

Ceramah Israk Mi'raj 2023

 






1. Program : Ceramah Israk n Mi'raj 

2. Tarikh : 29/2/2023

3. Masa : 7.30-9.15pm

4. Penganjur : Rakan Musolla dngn Kerjasama SRS

5. Peserta : Pelajar,staf,jemaah srs.

6. Sinopsis/Keterangan : Ceramah ini diadakan bg memperingati peristiwa Israk n Mi'raj yg berlaku pd 27 Rejab. Ustaz Amir Muttakin Ab Ghani telah dijemput utk menyampaikan ceramah yg dihari lebih kurang 250 jemaah. Selepas selesai ceramah dan solat Isyak, para jemaah telah dihidangkan dengan jamuan makan.

by Puan Huda Kwsgn