1. Nama aktiviti: Program Opening Young Eyes (OYES!) 2025
2. Tarikh: 7 Ogos 2025
3. Tempat: Sekitar MJII
4. Anjuran : Unit Kaunseling MJII dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Malaysia
5. Sinopsis/keterangan ringkas:
Program Opening Young Eyes (OYES!) 2025 merupakan satu inisiatif anjuran Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Malaysia (YATIM) dengan kerjasama Unit Kaunseling MARA-Japan Industrial Institute (MJII) Beranang yang telah berlangsung pada 7 Ogos 2025 (Khamis) bertempat di sekitar kampus MJII Beranang. Program ini disertai oleh seramai 31 orang pelajar Tingkatan 4 dan 5 di sekitar daerah Hulu Langat yang terpilih. Objektif utama penganjuran adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai peluang melanjutkan pengajian dalam bidang teknologi dan kejuruteraan, meningkatkan kesedaran terhadap bidang TVET, serta memberi pengalaman langsung melalui lawatan makmal dan bengkel interaktif.
Tentatif program dimulakan dengan pendaftaran peserta di Lobi Utama pada jam 8.45 pagi, diikuti lawatan dan taklimat ringkas di Galeri Narita. Seterusnya, peserta mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengarah MJII, Ts. Dr. Haji Mahazani bin Ali, dan taklimat program yang disampaikan oleh Ketua- Ketua Jabatan bertempat di Tokyo Hall. Seterusnya, peserta dibawa melawat Bengkel Robotik dan DKC bagi melihat secara dekat peralatan dan hasil inovasi pelajar MJII. Program tamat pada jam 12.30 tengah hari.
Secara keseluruhan, Program Opening Young Eyes (OYES!) di MJII Beranang telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Usaha ini diharap menjadi salah satu pendekatan efektif dalam mempromosikan bidang TVET dan menarik minat pelajar untuk mengenali MJII. Hubungan antara MJII dan komuniti setempat khususnya Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Malaysia telah berjaya diperkukuhkan melalui penganjuran program seumpama ini dan peserta menunjukkan minat mendalam dalam bidang TVET dan kursus-kursus yang ditawarkan di MJII.
by kaunselor Tengku Yati
No comments:
Post a Comment