Monday, April 14, 2025

Koza Week 15 : Sharing Session bersama Alumni dari Bumi Sakura

 









1. Nama aktiviti:  Sharing Session bersama Alumni dari Bumi Sakura

2. Tarikh: 12 April 2025 (Sabtu)

3. Masa : 10.45 pagi- 12 tenghari

4. Anjuran : JK Pembudayaan Jepun & JK Alumni 

5. Tempat: Tokyo Hall (Tht4) MJII & Online (teams)

6. Penglibatan:  Semua pelajar MJII

7. Sinopsis: 

Program Sharing Session bersama Alumni dari Bumi Sakura telah menjemput dua orang alumni, saudara Adib dan saudari Hazirah, yang berkongsi pengalaman masing-masing semasa belajar dan bekerja di Jepun. Muhammad Adib Azizan bin Saiful Bahrin merupakan alumni MJII ( 2011-2014) dari Jabatan  Robotic. Beliau melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda di Kanagawa Institute of Technology, Jepun dari tahun 2015 hingga 2020. Selepas tamat pengajian, beliau bekerja di Galileo Co. Ltd dari tahun 2020 hingga 2023, dan kini berkhidmat di Krones Japan sejak tahun 2023. Manakala Hazirah Bt Azhari merupakan alumni MJII  ( 2014 - 2016). Beliau melanjutkan pelajaran ke  MJIIT dan kini bekerja  di SATO Malaysia Electronics Manufacturing Sdn. Bhd.

Dalam sesi perkongsian ini, saudara Muhammad Adib telah berkongsi pengalaman menyambung pengajian dan bekerja di Jepun serta cabaran yang dihadapinya, terutamanya dari segi bahasa dan ketiadaan senpai semasa belajar. Beliau menekankan kepentingan mendengar arahan sensei, menyiapkan tugasan (assignment), dan menggunakan bahasa Jepun dalam komunikasi harian bersama sensei dan rakan. Beliau juga memberi motivasi kepada kohai agar aktif dalam aktiviti di MJII serta mengamalkan sikap saling membantu, terutamanya dalam aspek pembelajaran. Saudari Hazirah pula berkongsi pengalaman menyeronokkan sepanjang tiga tahun di MJII serta hubungan rapat antara senpai dan kohai yang banyak membantu dalam kehidupan seharian. Beliau menasihati pelajar agar cemerlang dalam akademik dan kokurikulum serta aktif menyertai pelbagai aktiviti bagi membina kemahiran insaniah. Beliau turut menekankan kepentingan merancang hala tuju dengan baik sebelum membuat keputusan untuk sama ada untuk menyambung pengajian ke luar negara atau tidak,  dan bersedia keluar dari zon selesa. Kesimpulannya, sesi ini memberi inspirasi serta panduan berguna kepada pelajar tentang persediaan, cabaran, dan peluang dalam meneruskan pengajian serta membina kerjaya di masa hadapan.

by Fazliani Sensei

No comments:

Post a Comment