Nama Aktiviti: Lawatan Penanda Aras Ke Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas Bagi Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Data Transmisi Dan Rangkaian)
Tarikh: 27 November 2024 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat: ILP Pedas
Sinopsis/Keterangan Ringkas Aktiviti:
Sesi pertemuan ini telah dipengerusikan oleh Ts. Suhaila binti Abdul Samad, Pengarah ILP Pedas, yang turut dihadiri bersama Ketua Jabatan Elektrik dan Elektronik, Penolong Pengarah Unit Komuniti & Khidmat Sokongan Pekerjaan (CESS) dan pegawai serta tenaga pengajar program Teknologi Telekomunikasi ILP Pedas serta 7 orang pensyarah dari jabatan Data Transmisi dan Rangkaian(DKR) MJII. Agenda utama lawatan adalah bagi mengenali lebih lanjut berkenaan struktur Pengajaran dan Pembelajaran Fiber Optik di ILP Pedas yang telah dilaksanakan, lawatan fasiliti, perkongsian amalan terbaik dan peluang kerjasama.
Deligasi MJII telah dibawa melawat ke Bengkel Teknologi Telekomunikasi untuk melihat fasiliti-fasiliti Fiber Optik. Semoga hubungan baik di antara MJII dan ILP Pedas akan berterusan dengan usahasama yang akan terjalin pada masa akan datang.
by sensei Hajar
No comments:
Post a Comment