Wednesday, February 21, 2024

Program: Youth Empowerment Fair 2024

 















1. Nama Program: Youth Empowerment Fair 2024

2. Tarikh :  3 dan 4 Februari 2024 

3. Tempat: Kuala Lumpur Convention Hall

4. Sinopsis/keterangan: Program Youth Empowerment Fair 2024 (#YEF24) telah dianjurkan oleh Yayasan Go Strong Malaysia pada 3 dan 4 Februari 2024 bertempat di Kuala Lumpur Convention Hall. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada generasi muda masa kini tentang peluang dan cabaran yang bakal mereka hadapi untuk menjadi pemimpin yang berwibawa. Acara yang berlangsung selama dua hari itu melibatkan seramai 42 orang pelajar dari Kelab Bahasa Inggeris dan Kelab Expert Emcee MJII Beranang. YEF 2024 menyediakan bengkel praktikal dan sesi pembangunan kemahiran dalam kepimpinan, keusahawanan dan kemahiran digital kepada peserta. Program itu juga menyediakan ruang untuk sesi interaksi, bimbingan dan nasihat kepada para peserta. Melalui program ini, peserta dapat berhubung dengan organisasi/industri antarabangsa dan diharap ianya dapat membuka jalan kepada peluang pekerjaan pada masa hadapan. Selain itu, program ini juga memberi pendedahan dan persediaan tentang Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) kepada peserta, dan meningkatkan pengetahuan mereka dalam teknologi semasa, kecerdasan buatan dan inovasi digital.

by Teacher Nurdalilah


No comments:

Post a Comment