Thursday, February 22, 2024

Majlis Penyerahan Watikah dan Pelantikan MPP sesi 2024/2025

 




1. Nama Program: Majlis Penyerahan Watikah dan Pelantikan MPP sesi 2024/2025

2. Tarikh : 21 Februari 2024 

3. Tempat: Dewan Hyogo, MJII Beranang

4. Sinopsis/keterangan: Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merupakan sebuah organisasi yang anggotai oleh pelajar dilantik melalui perlembagaan MPP. MPP berfungsi sebagai perantara kepada pelajar dengan pihak pentadbiran. Ianya juga berperanan sebagai badan yang menjaga kebajikan semua pelajar di samping membantu pihak pengurusan dan pentadbiran KKTM, MJII dan IKM meningkatkan kualiti akademik, pembangunan sikap dan kerohanian serta menjayakan pelbagai agenda semasa KKTM, MJII dan IKM. 


Majlis pelantikan ini dilaksanakan secara terbuka dihadapan semua pelajar agar semua warga MJII, Beranang maklum tentang pelantikan ini. Majlis ini juga diadakan sebagai satu penghormatan ke atas pelantikan MPP baru dan penyerahan tugas secara formal daripada pada mantan MPP tahun sebelumnya. Moga dengan pelantikan ini, MPP dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, amanah dan tanggungjawab. Diharap semua pelajar MJII, Beranang dapat memberikan Kerjasama yang baik kepada barisan MPP yang baru.

by Ustazah Hidayah

No comments:

Post a Comment