Saturday, July 29, 2023

Program Promosi & Pameran Jelajah Pendidikan Luar Bandar 2023 (Daerah Hulu Langat)

 






1. Nama Aktiviti : Program Promosi & Pameran Jelajah Pendidikan Luar Bandar 2023  (Daerah Hulu Langat)

2. Tarikh         :  10 Jun 2023

3. Masa         : 10.00 pagi - 4.00 petang

4. Penganjur : Pejabat MARA Negeri Selangor

5. Tempat : Lotus Semenyih

6. Synopsis/keterangan ringkas:  


Promosi & Pameran MARA Japan Industrial Institute (MJII), Beranang telah membuka kaunter bagi memperkenalkan TVETMARA dan mempromosikan program yang ditawarkan di MJII Beranang kepada pengunjung, pelajar dan ibu bapa yang hadir.


Petugas MJII yang hadir telah menyampaikan dan menyalurkan maklumat mengenai program pengajian yang terdapat di MJII Beranang dan di TVETMARA. Maklumat kemasukan, pendaftaran dan program antaranya maklumat yang dapat di salurkan dan disampaikan terus kepada mereka yang hadir.


Program yang berlangsung bermula pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 4 petang tersebut telah menerima kunjungan orang yang rata-ratanya daripada penduduk sekitar semenyih, beranang, kajang dan bangi.


Makluman pengajian ke MJII Beranang yang merupakan pusat pengajian TVET MARA dalam bidang kejuruteraan elektronik boleh layari laman web http://mjii.kktm.edu.my/


#mjiiberanang

by Nazmi sensei

No comments:

Post a Comment