Thursday, May 18, 2023

Majlis Sambutan Aidilfitri MJII 2023

 
















1. Nama aktiviti: Majlis Sambutan Aidilfitri MJII 2023

2. Tarikh:  12 Mei 2023

3. Masa : 2.30 ptg

4. Penganjur: Badan Kebajikan Kakitangan MJII & Majlis Perwakilan Pelajar MJII

5. Tempat: Dewan Hyogo, MJII

6. Synopsis/keterangan ringkas:  


Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat MJII telah diadakan melibatkan Kakitangan dan Pelajar MJII, serta kakitangan kontraktor kawalan keselamatan dan kontraktor  pembersihan MJII. 


Tema sambutan hari raya pada tahun ini  ialah #ootd. Majlis dimeriahkan dengan pertandingan Dekorasi Booth Tercantik yang dimenangi oleh Unit Pentadbiran MJII.


Disamping menu utama iaitu nasi hujan panas oleh Haji Chief, setiap jabatan dan unit, termasuk Surau Riyadus Solihin dan Koperasi turut bersama-sama memeriahkan suasana dengan menyediakan juadah, seperti lemang dan rendang, laksa, sate, cendol, roti jala dan pelbagai kuih muih serta biskut raya.


Majlis dimulai dengan ucapan daripada Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik, Puan Aznira yang sedang menjalankan tugas pengarah MJII disususli dengan sesi persembahan daripada pelajar-pelajar MJII dan satu persembahan istimewa daripada kakitangan MJII. Majlis tamat pada jam 5.00 petang.

by Fatma sensei

No comments:

Post a Comment