Friday, April 14, 2023

Kursus PSH - Physics Around You Dan Rektifikasi Tingkatan 4 Dan 5 Tahun 2023 Dalam Program ‘Career Hunt’ Pakej Pemilihan Stem

 












1.Nama aktiviti: 

Kursus PSH - Physics Around You Dan Rektifikasi Tingkatan 4 Dan 5 Tahun 2023 Dalam Program ‘Career Hunt’ Pakej Pemilihan Stem 


2.Tarikh: 05 April 2023

3.Masa: 8.30pg hingga 10.10pg

4.Tempat: SMK Khir Johari

5.Penganjur: Jabatan Mikroelektronik (DKM),MJII dengan Kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Khir Johari

6.Peserta: 42 orang

7.Sinopsis:

Kursus ini dianjurkan oleh Jabatan Mikroelektronik MJII dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Khir Johari bagi memberi kursus berkenaan Physics Around You dan Rektifikasi Tingkatan 4 dan 5 serta tatacara penggunaan kit pembelajaran rektifikasi untuk topik semikonduktor diod bagi subjek Fizik Tingkatan 5. Kit pembelajaran Rektifikasi ini dibina sepenuhnya oleh Puan Shafini Binti Abdul Bar dan Jabatan Mikroelektronik MJII sebagai alat bantuan mengajar untuk pelajar-pelajar memahami konsep diod rektifikasi di dalam aplikasi elektronik. Kursus ini dijalankan secara bersemuka yang melibatkan 41 orang pelajar dan 1 orang guru dari SMK Khir Johari. Penerangan secara teori disampaikan oleh sensei Norhafizan Binti Mohd Hanib dan praktikal tatacara penggunaan kit pembelajaran rektifikasi di laksanakan oleh 3 orang pensyarah dari jabatan Mikroelektronik (DKM) serta dibantu oleh 10 orang pelajar dari kelas Keisei dan 2 orang dari kelas Tobu. Topik-topik yang telah diajar merangkumi pengenalan kepada litar asas semikonduktor diod, rektifikasi gelombang separuh dan rektifikasi gelombang penuh beserta fungsi kapasitor di dalam litar. Kit pembelajaran rektifikasi ini juga membantu para pelajar mengenal simbol, polariti komponen dan cara pemasangan daripada litar ke peralatan “oscilloscope” dan “function generator” untuk mendapat gelombang keluaran serta memahami konsep dan aplikasi semikonduktor diod semasa voltan arus terus dan voltan ulang-alik. Di harap kursus ini dapat memberi manfaat kepada para peserta dalam memahami konsep diod serta fungsinya. Semoga kursus yang diberikan di SMK Khir Johari ini dapat meningkatkan kecemerlangan para pelajar di dalam SPM.

by Sharfini sensei

No comments:

Post a Comment