1. Program :
Lawatan Penandaarasan -Engineering Technology Accreditation Council (ETAC) oleh Politeknik Melaka ke Jabatan DKC
2. Tarikh: 15/03/2023
3. Masa: 10.30 pagi
4. Penganjur: Jabatan Pengukuran Elektronik & Kawalan (DKC) & Jkuasa ETAC, MJII Beranang
5. Peserta:Jabatan DKC dan Politeknik Melaka
6. Gambaran ringkas / penerangan :
Jabatan Pengukuran Elektronik & Kawalan (DKC) telah menerima kawatan penanda aras dari Kejuruteraan Elektrik Politeknik Melaka. Delegasi Politeknik Melaka diketuai oleh Ts. Hj. Mohd Nordin bin Mohd Jani, Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik (KJKE) bersama dengan 13 orang pensyarah Politeknik Melaka.
Lawatan ini bertujuan sebagai penanda aras bagi perkongsian maklumat dan 'best practice ' antara kedua -dua program Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) selaras dengan kehendak dan syarat Engineering Technology Accreditation Council {ETAC).Antara yang dibincangkan adalah pemetaan struktur kurikulum kedua-dua program, proses pelaksanaan kursus Projek Akhir (FYP) pelajar, kaedah penilaian bagi Programme Learning Outcome (PLO) 7 dan instrumen serta kaedah pengukuran Programme Educational Objectives (PEO) yang dilaksanakan di MJII. Selain itu juga,pensyarah Politeknik Melaka telah dibawa melawat ke fasiliti MJII seperti perpustakaan, bengkel/ lab DKC dan UPP.
Semoga lawatan penanda aras ini dapat dijadikan panduan dan penambahbaikan kepada kedua-dua program sebagai persediaan dalam menghadapi proses akreditasi ETAC.
by Akma sensei
No comments:
Post a Comment