1. Nama Aktiviti: Kursus Technology Towards Digitalization in Manufacturing(New Emerging Technology-Smart System Integration Specialist)
2. Tarikh: 5-7 Mei 2026
3. Tempat: TVETMARA Mara-Japan Industrial Institute
4. Penglibatan: Pensyarah dari pelbagai agensi TVET(TVETMARA MJII,Pasir Mas,Kuantan dan Lumut, Politeknik Sultan Azlan Shah, Politeknik Tunku Syed Sirajuddin,ADTEC JTM Kampus Taiping serta Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah Kuala Lipis)
5. Sinopsis Aktiviti: Kursus ini bertujuan melahirkan lebih ramai pengajar yang berkemahiran dan berpengetahuan berkaitan teknologi terkini dalam Program New Emerging Technology khususnya dalam bidang kepakaran Smart System Integration Specialist. Selain itu kursus ini bertujuan untuk miningkatkan pemahaman mendalam mengenai konsep pengurusan Lean, prinsip asas pendigitalan industri, termasuk peranan transformasi digital, internet industri, dan bagaimana proses industri dapat dipertingkatkan bagi penghasilan produk yang optimum. Peserta juga mempelajari cara menggunakan teknologi digital untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti dalam proses operasi industri, termasuk pemantauan secara realtime, automasi, dan integrasi sistem
by sensei Norizam

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
No comments:
Post a Comment