Friday, May 8, 2026

Kursus Asas Keselamatan Kebakaran bagi AJK MARA Emergency Response Team (MERT)

 








1. Nama Program: Kursus Asas Keselamatan Kebakaran bagi AJK MARA Emergency Response Team (MERT)

2. Tarikh : 4 - 6 Mei 2026 

3. Tempat: Tokyo Hall TVETMARA MARA-Japan Industrial Institute

4. Sinopsis/keterangan: 

Kursus asas keselamatan kebakaran bagi Ahli Jawatankuasa MARA Emergency Response Team (MERT) dianjurkan bertujuan meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran dan kesiapsiagaan staf dalam menghadapi situasi kecemasan serta kebakaran di tempat kerja. Program yang berlangsung selama tiga hari ini melibatkan seramai 18 orang staf TVETMARA MARA-Japan Industrial Institute (MJII) dan dikendalikan oleh 4 orang pegawai serta jurulatih daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih.


Sepanjang kursus, peserta didedahkan dengan pelbagai modul asas keselamatan kebakaran meliputi pengenalan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, perlindungan kebakaran pasif dan aktif, teknik menyelamat dan pergerakan dalam keadaan gelap, pengendalian hose reel, penggunaan alat pemadam api serta teknik pemadaman kebakaran minyak. Selain itu, peserta turut menjalani latihan fire drill dan latihan pengungsian bangunan secara praktikal melibatkan pengoperasian jentera bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih bagi mensimulasikan situasi kecemasan sebenar.


Penganjuran kursus ini diharap dapat melahirkan pasukan MERT yang lebih kompeten, cekap dan bersedia dalam mengendalikan tindakan awal kecemasan demi memastikan keselamatan warga kampus sentiasa terpelihara.

by sensei Radzi

No comments:

Post a Comment