Thursday, August 22, 2024

Program CSR Kelestarian Pendidikan STEM bersama Sekolah KAFA Integrasi Al Falah Bandar Tasik Kesuma

 








1. Nama Program: Program CSR Kelestarian Pendidikan STEM bersama Sekolah KAFA Integrasi Al Falah Bandar Tasik Kesuma

2. Tarikh: 3 Ogos 2024 (Sabtu)

3. Anjuran: Jabatan Pengukuran Elektronik & Kawalan (DKC) dan Jabatan Pengajian Am

4. Tempat:  MARA Japan Industrial Institute (MJII)

5. Penglibatan: 26 orang pelajar Semester 1, 7 orang MPP, 10 orang Pensyarah Pengajian Am dan 5 orang Pensyarah DKC

6. Sinopsis/Keterangan: 

Program CSR bersama Sekolah KAFA Integrasi Al Falah Bandar Tasik Kesuma ini melibatkan seramai 30 orang pelajar darjah 5 dan 6 yang bakal menghadapi peperiksaan UPKK dan PSRA.Ia bertujuan bagi memberi motivasi pembelajaran serta memperkasakan pengajaran dan pembelajaran terutamanya berkaitan Science, Technology, Engineering and Mathematic (STEM) di kalangan pelajar 

Antara aktiviti yang dijalankan adalah Kira Turbo yang dijalankan oleh unit Matematik dari Jabatan Pengajian Am. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran matematik pelajar melibatkan operasi tambah, tolak, darab, dan bahagi. Pelajar dibahagikan kepada kumpulan dan bergilir-gilir menjawab soalan daripada flash card yang diberi. Aktiviti ini telah memberi peluang kepada pelajar untuk belajar dalam suasana yang menyeronokkan dan interaktif. Kesimpulannya, aktiviti Kira Turbo mencapai objektifnya dan memberikan impak positif kepada pelajar.

Selain itu, Bengkel Celik Programming ( Edubit) juga dijalankan oleh, Jabatan Pengukuran Elektronik & Kawalan (DKC) bagi mendedahkan pelajar dengan ilmu pseudokod, carta alir dan jenis-jenis sistem kawalan. Pelajar juga di ajar bagaimana untuk memprogram edubit dan serta aktiviti bermain sambil belajar di terapkan dalam bengkel ini.

Melalui Kerjasama ini, ia dapat memperkukuhkan semangat teguh bersama dan keprihatinan warga MJII terhadap kesedaran pelajar sekolah terhadap arus perubahan teknologi STEM terkini menerusi perkongsian kepelbagaian teknik pengajaran & pembelajaran dan aktiviti -aktiviti yang dianjurkan.

by Sensei Akma

No comments:

Post a Comment