Thursday, August 22, 2024

Program CSR Kelestarian Pendidikan STEM bersama Sekolah KAFA Integrasi Al Falah Bandar Tasik Kesuma

 








1. Nama Program: Program CSR Kelestarian Pendidikan STEM bersama Sekolah KAFA Integrasi Al Falah Bandar Tasik Kesuma

2. Tarikh: 3 Ogos 2024 (Sabtu)

3. Anjuran: Jabatan Pengukuran Elektronik & Kawalan (DKC) dan Jabatan Pengajian Am

4. Tempat:  MARA Japan Industrial Institute (MJII)

5. Penglibatan: 26 orang pelajar Semester 1, 7 orang MPP, 10 orang Pensyarah Pengajian Am dan 5 orang Pensyarah DKC

6. Sinopsis/Keterangan: 

Program CSR bersama Sekolah KAFA Integrasi Al Falah Bandar Tasik Kesuma ini melibatkan seramai 30 orang pelajar darjah 5 dan 6 yang bakal menghadapi peperiksaan UPKK dan PSRA.Ia bertujuan bagi memberi motivasi pembelajaran serta memperkasakan pengajaran dan pembelajaran terutamanya berkaitan Science, Technology, Engineering and Mathematic (STEM) di kalangan pelajar 

Antara aktiviti yang dijalankan adalah Kira Turbo yang dijalankan oleh unit Matematik dari Jabatan Pengajian Am. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran matematik pelajar melibatkan operasi tambah, tolak, darab, dan bahagi. Pelajar dibahagikan kepada kumpulan dan bergilir-gilir menjawab soalan daripada flash card yang diberi. Aktiviti ini telah memberi peluang kepada pelajar untuk belajar dalam suasana yang menyeronokkan dan interaktif. Kesimpulannya, aktiviti Kira Turbo mencapai objektifnya dan memberikan impak positif kepada pelajar.

Selain itu, Bengkel Celik Programming ( Edubit) juga dijalankan oleh, Jabatan Pengukuran Elektronik & Kawalan (DKC) bagi mendedahkan pelajar dengan ilmu pseudokod, carta alir dan jenis-jenis sistem kawalan. Pelajar juga di ajar bagaimana untuk memprogram edubit dan serta aktiviti bermain sambil belajar di terapkan dalam bengkel ini.

Melalui Kerjasama ini, ia dapat memperkukuhkan semangat teguh bersama dan keprihatinan warga MJII terhadap kesedaran pelajar sekolah terhadap arus perubahan teknologi STEM terkini menerusi perkongsian kepelbagaian teknik pengajaran & pembelajaran dan aktiviti -aktiviti yang dianjurkan.

by Sensei Akma

Sesi Libat Urus Pengarah MJII Bil. 2/2024

 









1. Nama aktiviti: Sesi Libat Urus Pengarah MJII Bil. 2/2024

2. Tarikh: 16 Ogos 2024

3. Tempat: Tokyo Hall

4. Penglibatan:  Semua Staf MJII

5. Anjuran: Program DKC

6. Sinopsis: Sesi libat urus pihak adalah satu platform yang penting untuk perkongsian idea dan penyelarasan matlamat dalam sesebuah organisasi.Ia membantu organisasi dalam mencapai kecekapan dan keberkesanan yang lebih tinggi. Sesi Libat Urus Pengarah MJII Bil. 2/2024 kali ini dimulakan dengan sesi bacaan yassin dan doa melibatkan semua staf. Seterusnya program diteruskan dengan sesi perkongsian daripada Ts. Dr. Mahazani bin Ali. Pengarah mengingatkan semua staf MJII untuk bekerja dalam satu pasukan dan memberi komitmen terhadap satu sama lain dalam mencapai matlamat bersama. Justeru, prestasi kerja mereka turut sama meningkat serta menjadikan organisasi itu berjaya.Majlis seterusnya bersambungan dengan perkongsiaan dari Ts. Mohd Khairul Adzhar bin Umar berkenaan dengan pembangunan Intranet MJII. Majlis diteruskan dengan meraikan komitmen dan prestasi staf cemerlang dengan sesi penyampaian anugerah staf terbaik bulanan (Mac-Julai 2024) serta Penyampaian Sijil Penghargaan Perkhidmatan 15 Tahun.

by sensei Akmar

Wednesday, August 21, 2024

Program bersama IAP Program DKS dan Lawatan Industri Jabatan Robotik & Automasi ke T-Robot Sdn. Bhd

 











1. Nama aktiviti:  Program bersama IAP Program DKS dan Lawatan Industri  Jabatan Robotik & Automasi ke T-Robot Sdn. Bhd.

2. Tarikh: 21 Ogos 2024 (Rabu)

3. Tempat: UPM-MTDC Technology Centre III, Serdang Selangor. 

4. Penglibatan:  4 orang pensyarah dan 18 orang pelajar 

5. Sinopsis: 

      Seramai 4 orang pensyarah dan 18 orang pelajar Jabatan Robotik & Automasi  telah menyertai lawatan ke T-Robot Sdn. Bhd. di UPM-MTDC Technology Centre III, Serdang, Selangor. 

      Aktiviti lawatan ini  dimulai dengan demonstrasi serta penerangan secara ringkas berkenaan aplikasi robotik  dan automasi  yang dibangunkan oleh T-Robot bagi memenuhi keperluan industri kecil dan sederhana. 

      Seterusnya, TS. ENGR. SYED ZAINI iaitu Panel Penasihat Industri bagi Program DKS telah berkongsi Pengetahuan dan  teknologi terkini serta idea yang boleh dimanfaatkan didalam projek tahun akhir pelajar.  Beliau banyak menekankan kepada penggunaan Robot Operating System dan Artificial Intelligent bagi menghadapi perkembangan teknologi dunia robotik terkini.

      Lawatan di akhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Pengarah Esekutif T-Robot Sdn. Bhd.

by sensei Ismail

Monday, August 12, 2024

Pertandingan WorldSkill Malaysia Belia (WSMB) 2024 Bidang Electronics Peringkat Akhir

 









1. Nama aktiviti: Pertandingan WorldSkill Malaysia Belia (WSMB) 2024 Bidang Electronics Peringkat Akhir

2. Tarikh:  05 – 09 Ogos 2024.

3. Penganjur: Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

4. Tempat: Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Shah Alam.

5. Synopsis/keterangan ringkas:  


Pertandingan WorldSkill Malaysia Belia (WSMB) 2024 bidang Electronics peringkat akhir yang telah dijalankan selama 5 hari ini terdiri daripada 3 modul utama iaitu :


Modul 1: Hardware design

Modul 2 : Embedded System Programming

Modul 3 : Fault finding, Repair & Measurement


Daripada keseluruhan 9 peserta akhir yang bertanding, seramai 2 orang peserta merupakan pelajar dari MJII seperti berikut :

I. AMIRUL SHARIF BIN SHARIFUDIN, DKE / Sem5 / DENSO


II. MUHAMMAD AQIL MARZUQI BIN MUHAMAD ARIFPIN, DKS / Sem5 / HITACHI

Tahniah, syabas dan terima kasih kpd wira² MJII ini kerana telah melakukan yang terbaik dan memberi saingan yang hebat. Semoga mereka beroleh kejayaan yang cemerlang.

by sensei Yusof

Wednesday, August 7, 2024

Pertandingan POLYCC Komersial Peringkat Kebangsaan 2024 (POLYCCOM'24)

 







1. Nama aktiviti: Pertandingan POLYCC Komersial Peringkat Kebangsaan 2024 (POLYCCOM'24)

2. Tarikh: 6 Ogos 2024 (Selasa)

3. Anjuran : Kolej Komuniti Jelebu

4. Tempat: Kolej Komuniti Jelebu

5. Penglibatan: 1 orang staff DKC

6. Sinopsis: 14 Juri dari pelbagai bidang Industri dan Akademik telah dilantik untuk menjadi juri di Pertandingan POLYCC  Komersial Peringat Kebangsaan 2024 (POLYCCOM'24). Tujuan Utama pertandingan ini memperkasakan ekosistem inovasi serta pengkomersialan politeknik dan kolej komuniti. Wakil bidang elektronik dari MJII telah diundang untuk menjadi juri di pertandingan ini.

by Azrul sensei

Tuesday, August 6, 2024

Program Career Preparation Workshop (Resume Writing)

 






1. Nama aktiviti: Program Career Preparation Workshop (Resume Writing) 

2. Tarikh: 17 Julai 2024 (Rabu)

3. Anjuran : Unit English Pengajian AM MJII 

4. Tempat: Tokyo Hall MJII

5. Penglibatan: 131 pelajar semester 5 MJII

6. Sinopsis: Bengkel ini diadakan untuk membimbing pelajar dalam menyediakan resume yang lengkap sebagai persediaan melangkah ke alam pekerjaan. Bengkel ini juga memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan cara penulisan resume yang efektif Dan sesuai dengan kehendak industri semasa.

       En. Ameirul Azraie bin   

       Mustadza bertindak  

       sebagai penceramah 

       bagi bengkel ini. Semua 

       pelajar telah memberikan   

       komitmen yang sangat     

       baik sepanjang 

       perjalanan bengkel ini.

bu Teacher Azlah 

Monday, August 5, 2024

Hari Pendaftaran dan Minggu Silaturahim Sesi Julai 2024

 















1. Nama aktiviti: Hari Pendaftaran dan Minggu Silaturahim Sesi Julai 2024

2. Tarikh:  22 & 23 Julai 2024

3. Tempat: Hyogo Hall, Tokyo Hall & Surau Riyaddussolihin

4. Sinopsis/keterangan ringkas:  


Minggu Silaturahim (MSR) adalah merupakan program pengambilan pelajar baharu, di mana ia memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang sistem pengajian di MJII. Terdapat 145 orang pelajar baharu yang terdiri daripada lima jabatan yang mendaftar pada sesi kali ini. MSR sesi ini dijalankan 2 hari sahaja. Oleh itu  aktiviti yang dijalankan semasa MSR adalah taklimat-taklimat penting bagi mendedahkan pelajar baharu di MJII.  Antara taklimat tersebut ialah  Taklimat Bersama Pengarah, Taklimat Bersama Ketua-Ketua Jabatan, Taklimat Akademik, Taklimat Hal Ehwal Pelajar, Taklimat Jabatan Pengajian Am, Taklimat Disiplin, Taklimat Felo, Taklimat Unit Peperiksaan, Taklimat Kaunselor, Taklimat Pembudayaan Jepun, Taklimat Perpustakaan, dan Taklimat Koperasi . Kerjasama antara AJK MSR dan Urusetia Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) selaku fasilitator telah menjayakan program ini dengan baik. Semoga para pelajar baharu dapat menyesuaikan diri dalam menimba ilmu di MJII.

by sensei Hamirah