Friday, April 26, 2024

Kursus Peningkatan Penguasaan Kaedah Pengajaran Multimedia Kepada Pensyarah untuk Pendigitalan PDP TVET MARA IKM Kuala Lumpur

 








1. Nama aktiviti:  Kursus Peningkatan Penguasaan Kaedah Pengajaran Multimedia Kepada Pensyarah untuk Pendigitalan PDP TVET MARA IKM Kuala Lumpur

2. Tarikh: 25 April 2024 (Khamis)

3. Tempat: Bangunan UTM Holdings, Universiti Teknologi Malaysia.

4. Penglibatan: 22 Pensyarah Institut Kemahiran MARA Kuala Lumpur (IKM KL)

5. Anjuran : IKM KL

6. Sinopsis: 

IKM KL telah mengadakan Kursus Peningkatan Penguasaan Kaedah Pengajaran Multimedia kepada Pensyarah untuk Pendigitalan PDP TVET MARA IKM KL di Bangunan UTM Holding, Kuala Lumpur. Program mengandungi 6 slot. Slot 3 adalah berkenaan Classpoint Apps telah disampaikan oleh seorang pensyarah MARA-Japan Industrial Institute, iaitu Pn Nur Amalina binti Zainal (ClassPoint School Coach).

Objektif Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran digital pensyarah IKM KL kearah Pembelajaran Alaf 21 (PAK-21) sesuai dengan kehendak masa kini. Sesi penyampaian ini terbahagi kepada 3 modul

Modul 1 Pengenalan – Classpoint, Presentation Tools, Interactive Quiz, Gamification dan AI Quiz Generator.

Modul 2 Cara menggunakan ClassPoint  – Menunjukkan satu persatu kaedah bagaimana setting dan implementation ClassPoint dalam PowerPoint(PPT).

Modul 3 Tutorial dan Latihan – Pensyarah diberi tugas untuk membuat PPT sendiri dan yang terpilih berkongsi apa yang telah dibina.

Sebagai tanda penghargaan, slot ini juga memberi ruang kepada semua IKM KL yang terlibat untuk mendapatkan sijil ClassPoint Certified Educator.

Diharapkan usaha ini membantu semua pensyarah yang terlibat untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran digital pengajaran masing-masing dalam menyambut baik PAK-21 dan menerapkan elemen-elemen tersebut secara lebih berkesan.

by Sensei Amalina

No comments:

Post a Comment